Khamis, November 30, 2006

“Smile”


A smile or even a simple laugh can be such a great cure and an antidote to your worries and sadness, and could have miraculous effects on your spirit and heart.


So smile and laugh but be careful not to exaggerate in your laughing because that’s not called for in Islam. Islam was built on being moderate, and everything in a Muslim should be moderate so for example laughing so loud that you fall on the floor and make a big noise, that is definitely some thing not called for in Islam.


The Scholar “Ahmed Amin” says in his book “Fayed Al Khater”: “ Those who smile in life and for life are not only happier in their lives but also are better in performing their jobs, more capable in handling responsibility, better equipped to deal with problems, worries and hard times, and more likely to achieve greater things for them selves and for others”There are those who can create sadness and worries out of everything and anything, and there are those who can see hope and create happiness out of everything and anything.


If you believe that you where born for small things in life, then you shall only achieve small things, if you believe that you where born for great things, then you will always feel the need to go one step further, to break the barriers and bring down the walls that limit you and you shall achieve great things.


A person who trains for and runs a 400 meter race, will not feel tiered or week if he enters a 100 or 200 meter race, because your spirit gives you as much energy and power as you decide you are capable of. So define your goals and what you want, and make it big and higher in purpose, and don’t worry even if it seems impossible, because as long as you are taking everyday one step towards it, - you are getting closer and your goal is nearer to achievement.

“Get rid of your boredom & Free time with work”


The most dangerous state of mind is when a person finds himself with a lot of free time on his hands and nothing to do, this person becomes like a speeding car with out a driver that’s going down a hill, it swirls right and left with no control.So whenever you find your self with a lot of free time and nothing to do, then you better get prepared for up coming mood swings, boredom, and unhappiness. Because all this free time will get you to start thinking about the past, and remembering the good and bad days, and re-living bad moments and wishing some things could return, you will start to feel unsatisfied and unhappy, you will also start to think and worry about the future and what could happen and what you are afraid of. So my advice to you and to my self is whenever you find free time, get up and do something useful or else it will be like slowly committing suicide.Get up and pray, read, clean your house, arrange your stuff, work out, take new course’s, learn something new, improve on a skill you have, fix something broken and help others.

Jalan-Jalan Cari Tuhan


Jalan-Jalan Cari Tuhan

Di musim Ramadhan aku meneruskan kelas tafsir hari Ahad di Kompleks Belia Batu Uban. Cumanya waktunya berubah ke sebelah pagi. Pada hari Ahad 5 Ramadhan bersamaan 9 Oktober 2005, seperti biasa, aku mulakan kelas tepat jam 10.00 pagi membincangkan surah Sad. Tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki muda memasuki surau dan duduk mendengar pengisian yang sedang ku berikan. Ini kali pertama aku melihat wajah beliau. Beliau memakai seluar jean dan baju T. Nampak rugged dengan rantai dilehernya dan berambut panjang.

Aku terus mengubah ‘aturcara’ pagi itu secara spontan tetapi natural. Bagiku ‘aturcara’ hanyalah panduan bukannya ‘undang-undang dasar’. Jika ada keperluan dan maslahatnya besar, ia boleh diubah secara spontan demi mengambil kira keperluan yang mendesak. Inilah pendekatan yang aku amalkan selama menjadi YDP JIM Pulau Pinang. Jika aku terpaksa memilih antara pendekatan yang ‘efektif’ atau’efisien’, aku memilih yang ‘efektif’. Aku terus becakap tentang sifat Allah yang Maha Pengampun. Aku kaitkan dengan peribadi-peribadi agung dikalangan sahabat nabi yang pernah tersilap dan terbabas, tetapi akhirnya mereka kembali ke pangkal jalan. Di pertengahan kelasku aku nampak beliau keluar dari surau dan dalam hatiku ketika itu aku mendoakan agar Allah memberikan hidayat kepadanya.

Dua hari selepas itu, sahabatku, pengurus OK Tyre, menelefon dan memberitahu lelaki yang rugged itu ingin menemuiku di klinik. Aku menjawab, “silakan, tetapi bagaimana tuan Ismail kenal dia?” “Dia seringkali datang ke kedai tayar untuk repair kereta dan dari situ saya mendekati dia”, kata Ismail, pengurus OK Tyre. Bagus sahabatku ini, kata hatiku, sambil bekerja sambil berdakwah.

Apabila lelaki itu tiba di klinik, aku mendapati beliau berpakaian kemas. Beliau terus mencium tanganku dan kami pun berkenal-kenalan. Rupa-rupanya beliau adalah salah seorang samseng yang digeruni di Pulau Pinang. Beliau menguasai kawasan Bayan Baru. Ada towkay-towkay yang sanggup menggajikan beliau RM2000 sebulan dengan harapan beliau memelihara keselamatan syarikat-syarikat mereka. Lumayan juga gajinya... dan beliau mengatakan, beliau terpaksa keluar awal dari kelas tafsirku Ahad lepas kerana berlaku pergaduhan di kawasannya. Seterusnya beliau mengatakan beliau inginkan bimbingan agama agar beliau tidak lagi terbabas. Aku amat bersyukur kepada Allah dengan perubahan ini. Pada keesokan harinya aku memberitahu pengurus OK Tyre tentang konsep ‘permudahkan jangan persulitkan’. Aku terangkan kepadanya bagaimana mengaplikasi konsep ini bagi insan seperti ketua samseng ini. Pertama, jangan memaksanya menukar imej luarannya. Biar dia terus rugged. Yang perlu kita ubah sedikit demi sedkit ialah kefahamannya tentang hidup di samping menyedarkannya tentang betapa bernilainya beliau bagi Islam.

Apabila aku melihat wajahnya aku teringatkan kepada Amran (bukan nama sebenar). Beliau datang ke kelasku bagi kali pertamanya lebih kurang 20 tahun dahulu dengan pakaian yang rugged. Aku menziarahinya di rumahnya selepas itu. Beliau seorang kaki pukul. Beliau sendiri bercerita bahawa sebelum beliau menghadiri kelasku, beliau akan mengambil dadah terlebih dahulu...itu dahulu. Pada hari ini Amran masih rugged dengan seluar jeannya dan singlet. Oleh kerana beliau lebih selesa berpakaian begitu aku biarkannya seperti itu. Dengan imej itu beliau mampu mendampingi anak-anak muda yang terbabas. Dan pada hari ini, pada hampir setiap malam rumah beliau dipenuhi dengan anak-anak muda yang ingin berubah. Beliau menjadi guru agama mereka. Apa yang beliau perolehi dari kelasku beliau curahkan kepada mereka.

Semalam, Amran menziarahiku bersempena dengan Aidilfitri. Beliau masih berpakaian rugged seperti 20 tahun dahulu. Rambutnya masih panjang. Tetapi beliau telah lulus ujian Jabatan Agama dan telah mendapat tauliah dan keizinan untuk mengajar al-Quran di Pulau Pinang. Sebelum mendapat kelulusan beliau diminta beritahu siapakah guru yang telah membimbing beliau selama ini. Beliau meminta keizinanku untuk memberitahu Jabatan Agama bahawa akulah guru beliau...aku berkata, “Amran, apa yang saya berikan kepada Amran amat kerdil dan sedikit sekali, walaupun Amran menjadikan saya sebagai guru Amran. Yang besarnya ialah hidayat yang Allah kurniakan kepada Amran.”

Aku dapat merasakan beliau mungkin lebih aktif (mungkin juga lebih baik) dari ramai kita yang berasa cukup dengan sekadar menghadiri usrah mingguan tanpa melakukan kerja-kerja overtime dakwah seperti beliau...dan beliau hanyalah buruh Jabatan Pengairan dan Saliran dengan gaji yang tidak seberapa.

Apabila aku melafazkan takbir hari raya pada tahun ini, inilah wajah-wajah yang bermain di mindaku. Wajah-wajah insan yang sanggup membuat perubahan besar dalam hidup mereka. Wajah-wajah insan yang sanggup bersabar dan bersusah payah untuk memperbaiki diri. Apabila dikatakan hari raya ialah hari kemenangan, mungkin kemenangan ini lebih relevan bagi mereka kerana mereka berjaya melawan hawa nafsu yang jahat sehingga berjaya mengubah diri dan kehidupan sebanyak 180 darjah.

Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Allahu Akbar. Walillahilhamd... Selamat Hari Raya. Maaf zahir dan batin. Semoga Allah menerima amalan kita.

ARTIKEL DITULIS OLEH DR DANIAL ZAINAL ABIDIN
PENULIS BUKU 7 FORMULA CEMERLANG
BOLEH DILAWAT DI
http://www.formulacemerlang.com


#GAMBAR DI ATAS TIADA KENA MENGENA DENGAN ARTIKEL

Perkembangan Semasa Antarabangsa


Dunia gelap. Udara banyak karbon. Kalimantan masih berasap.

Tidak banyak berita gembira. Amerika masih meraja di negeri orang. Tiada yang mampu menyekatnya. Israel masih mengganas di negeri orang. Ada abang yang melindunginya. Orang negeri itu yang dipersalahkan.

Modal masih diundang di mana-mana. Banyak membawa duka dari suka.

Orang Islam masih seperti dulu, ditindas di sana sini. Akibat menjadi anak tiri. Di Darfur berbunuhan sesama sendiri. Dari Somalia satu cahaya, negara gagal semakin aman.

Pusingan Doha sudah nazak. Harapan negara miskinuntuk bersaing secara adil semakin malap. Negara kuat dan kaya telah dapat habuan mereka daripada liberalisasi pasaran sebelumnya dan harapan yang miskin tak kesampaian.

China dan India menjadi kuasa besar ekonomi. Kesannya belum pasti apa rasanya. Adakah akan jadi pendinding kepada negara lemah atau penindas seperti abang-abangnya juga.

Suatu pagi kita bangun dengan kuasa nuklear di sisi.

Di Amerika Latin puak kiri muncul kembali. Luta, Chavez, Morales, Bachelet membawa harapan masyarakat tertindas.

Memang dunia sedang bergolak mencari imbangannya.

Khamis, November 16, 2006

INTERAKSI BUDAYA DAN PEGANGAN MASYARAKAT CINA


Mukadimah


Ramai beranggapan bahawa semua orang Cina adalah beragama Buddha. Ini adalah satu anggapan yang kurang tepat kerana sebenarnya masyarakat Cina menganut pelbagai aliran agama dan kepercayaan. Walaupun agama Buddha adalah agama utama orang-orang Cina di Malaysia tetapi, ajaran Buddha cuma menjadi sebahagian daripada agama dan kepercayaan orang orang Cina. Orang sebenarnya menganut lebih daripada satu agama atau kepercayaan yang juga sering kali dicampuradukkan pula dengan kepercayaan tradisi dan adat yang diwarisi secara turun-temurun.





Amalan kepercayaan dalam masyarakat Cina berbeza di antara satu sama lain disebabkan oleh keturunan, latar belakang, dialek dan suku kaum yang berlainan. Walaupun masyarakat Cina di Malaysia rata-ratanya berasal dari negara China tetapi mereka membawa bersama-samanya nilai, budaya, adat dan kepercayaan yang berlainan kerana di negara China itu sendiri terdapat ratusan suku kaum yang dapat dikenali melalui pengucapan dan pertuturan dialek mereka. Setiap suku kaum mempunyai latarbelakang serta identitinya yang tersendiri. Dalam ertikata lain, masyarakat Cina tidak homogenen sama ada dari segi bangsa atau agamanya.





Masyarakat Cina mengamalkan ajaran beberapa agama dan memiliki pelbagai kepercayaan pada satu masa yang sama. Selain mengamalkan agama Buddha, mereka juga mengamalkan berbagai-bagai kepercayaan lain seperti Taoisme, Confucianisme, pemujaan dewa-dewi, penyembahan keramat dan sebagainya. Satu perkara yang perlu diperhatikan adalah bagi orang Cina agama adalah sesuatu yang personal dan orang Cina tidak mempunyai konsep agama yang jelas. Justeru itu, konsep ketuhanan mereka banyak bersandarkan kepada kisah-kisah lampau kehidupan masyrakat silam mereka.





Satu lagi perkara yang boleh diperhatikan adalah, masyarakat Cina tidak mempunyai kepercayaan atau agama yang seragam. Masyarakat Cina biasanya mengamalkan apa-apa yang diyakini dapat memberikan kebahagian, kemakmuran dan kekayaan kepada mereka selagi mana ia tidak bercanggah dengan adat, budaya dan nilai kehidupannya.





Diantara sifat agama dan budaya orang Cina adalah ia mengandungi unsur-unsur mistik yang merangkumi ajaran bersifat tahyul, animisma dan kuasa ghaib. Unsur-unsur ini dapat dilihat pada amalan seperti “menurun”, menyeru roh orang mati dan pemujaan terhadap hantu.





Diantara ajaran yang diikuti juga adalah ajaran Taoisme yang menekankan perseimbangan dan pengharmonian Yin dan Yang. Ajaran Confucianisme pula memberikan penekanan kepada usaha menjadi “the perfect gentleman” atau “lelaki mulia sejati” dengan nilai positif seperti menghormati kepada orang tua sebagai manifestasinya. Ajaran Buddha pula menyeru penganutnya tidak mengikuti nafsu, malah membuang hawa nafsu kerana ia dianggap sebagai punca kepada segala kejahatan dan kerosakan yang berlaku di dunia. Ajaran Buddha yang diamalkan oleh masyarakat Cina di Malaysia tidak sama dengan ajaran Buddha yang diamalkan di China, India, Nepal, Sri Lanka, Thailand, Kampuchea, Myammar dan Laos.





Agama Buddha dalam masyarakat Cina Malaysia tidak menitik beratkan pemujaan patung Buddha. Buddha dalam masyarakat Cina diwakili oleh Dewi Kuan Yin atau Maitreya yang bermaksud “mata cemerlang”. Masyarakat Cina mennyembah Buddha dalam bentuk Dewi Kuan Yin kerana menurut aliran Mahayana, Kuan Yin disembah sebagai Buddha kerana dia memenuhi segala ciri-ciri yang terdapat pada Buddha.



Perspektif Masyarakat Cina terhadap Islam



Rata-ratanya masyarakat Cina kurang senang dengan Islam kerana menganggapnya sebagai agama yang:



· mengajar keganasan


· menindas wanita


· agama orang Melayu


· terlalu ketat dan tidak ada hiburan


· mengajak umatnya mundur


· mengajar umatnya berlaku tidak baik dengan yang tidak beragama Islam



Selain mendapat gambaran yang kurang tepat, orang Cina juga tidak mendapat gambaran yang tepat dan terbuka mengenai Islam.





Umat Islam juga gagal menunjukkan contoh yang baik dari segi tingkah-laku, cara hidup dan akhlak.



Diantara sebab masyarakat Cina menolak Islam juga adalah kerana bimbang penghakisan dan kehilangan identiti dan dan budaya bangsa Cina sekiranya mereka memeluk agama Islam. Mereka bimbang mereka terpaksa membuang bangsa dan identitinya sebagai seorang Cina dan terpaksa pula meninggalkan budaya, cara hidup, adat resam dan nilai-nilainya yang asal.





Islam sebenarnya tidak menghalangkan penganutnya mengamalkan gaya hidup dan budaya asal mereka salakan ia tidak bertentangan dengan syariat Islam. Apabila diteliti sebenarnya boleh dikatakan banyak daripada budaya orang Cina adalaha selari dengan syariat Islam. Paling kurang adalah budaya tersebut tidak bercanggah dengan Islam seperti beberapa upacara dan perayaannya.





Masyarakat Cina adalah umat yang ethnosentrik. Mereka sangat bangga kepada budaya dan sejarahnya yng sudah berusia beribu tahun dan merupakan diantara tamaddun yang terawal dunia. Aspek ini perlu difahami oleh para pendakwah kerana ia menyerlahkan satu hakikat, bahawa orang Cina tidak akan dengan mudah menerima sesuatu yang bukan daripada budaya dan sistem sosialnya. Tetapi perlu juga diketahui bahawa orang Cina akan bersikap toleran terhadap persoalan berkaitan dengan keagamaan tetapi bersikap agak sedikit tertutup mengenai budaya nya.



Bagaimana berDakwah Kepada Orang Cina



Saudara Ann Wan Seng, Penolong Setiausaha Agung PERKIM, di dalam kertas-kerjanya “Pendekatan Berdakwah kepada Masyarakat Cina” telah meletakkan beberapa perkara penting di dalam berdakwah kepada masyarat Cina, diantaranya adalah:



Memahami Sosio Budaya Dan Pemikiran Orang Cina


Setiap umat Islam perlu mempelajari dan mempunyai pengetahuan mengenai cara hidup, budaya dan adat resam masyarakat lain. Kegagalan memahami sosio-budaya masyarakat lain bukan sahaja akan menyebabkan proses dakwah itu gagal tetapi mungkin akan mengundang pelbagai malapetaka kepada dirinya. Dengan memahami budaya tersebut, ia akan memudahkan kita mendekati dan menggunakan kaedah yang sesuai dengan tuntutan masyarakat berkenaan. Justeru itu, kalau boleh umat Islam perlu mempelajari bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Cina.



Penerangan Perlu Guna Logik Dan Rasional


Kaedah yang digunakan ke atas orang India, Asli dan sebagainya belum tentu sesuai digunakan ke atas orang Cina. Untuk berdakwah kepada orang Cina, seseorang perlu mempunyai kemampuan untuk menerangkan Islam secara logik dan rasional dengan asas fakta yang boleh diterima oleh akal. Ramai umat Islam gagal menjawab soalan dan pelbagai persoalan yang ditimbulkan oleh masyarakat Cina. Ini secara tidak langsung menyebabkan orang Cina menolak Islam yang dianggapnya sebagai agama yang tidak lengkap.



Cari Titik Persamaan Bukan Membesarkan Perbezaan


Islam adalah agama fitrah, bersifat sejagat dan sesuai untuk manusia. Islam memperakui kewujudan berbagai-bagai bangsa. Setiap bangsa mempunyai adat resam, cara hidup, norma, peraturan dan nilainya yang tersendiri. Walaupun terdapat perbezaan yang ketara di antara setiap bangsa itu sama ada dari segi ras, fizikal, bahasa dan seumpamanya tetapi manusia sebenarnya berkongsi nilai yang sama. Orang Cina sebagaimana bangsa dan kaum lain inginkan kesejahteraan, kebahagian, keadilan, jaminan keselamatan, kasih sayang dan kebebasan. Nilai-nilai ini terdapat pada ajaran Islam dan sejajar juga dengan ajaran yang diamalkan oleh orang Cina seperti Buddhisme, Taoisme dan Confucianisme.



Hapuskan Perasaan Prejudis


Jurang yang wujud di antara umat Islam dengan masyarakat Cina perlu dihapuskan. Ini dapat dilakukan dengan melakukan ziarah dan mengadakan pelbagai program yang bercorak kemasyarakatan. Ziarah bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan siratulrahim di antara umat Islam dengan non muslim tetapi juga dapat merapatkan hubungan antara jiran tetangga, rakan sekerja dan sahabat handai serta membentuk integrasi kaum dalam masyarakat kita yang bersifat majmuk. Ziarah boleh dilakukan pada musim-musim perayaan dengan saling kunjung-mengunjungi antara satu sama lain. Ziarah boleh juga dibuat bila berlakunya kematian di kalangan sahabat kita yang bukan beragama Islam. Ziarah dapat membentuk komunikasi secara dua hala dan dapat mendekatkan kedua-dua pihak terhadap amalan agama serta cara hidup masing-masing.



Manfaatkan Tenaga Saudara Baru


Para saudara baru berketurunan Cina perlu dilatih dan ditampilkan sebagai pendakwah. Tenaga, kemahiran dan kelebihan para saudara baru tidak sepatutnya disia-siakan. Kalau boleh, sokongan perlu diberikan kepada para saudara baru untuk menjalankan pelbagai aktiviti dalam masyarakatnya termasuk juga usaha-usaha untuk menubuhkan masjid Cina di kawasan yang mempunyai majoriti penduduk orang Cina. Penubuhan masjid ini penting bagi membolehkan masyarakat Cina melihat dan mengenali Islam secara dekat. Pada masa yang sama, usaha-usaha menonjolkan kegemilangan dan perabadan Islam di China perlu dilakukan menerusi pameran, ekspo, dokumentari serta simposium.



Penutup



Berdakwah kepada masyarakat Cina perlu dilaksanakan secara praktikal dan dengan mengambil kira tuntutan dakwah itu sendiri dan keadaan semasa. Dakwah perlu berperancangan dan berterusan. Ia perlu dilaksanakan dengan melibatkan seramai mana mungkin dari masyrakat dan secara yang hikmah. Sekiranya semua ini berlaku maka tidak ada sebab mengapa masyarakat Cina di Malaysia tidak boleh menerima Islam.




Rujukan:



Pendekatan Dakwah Kepada Masyarakat Cina, Ann Wan Seng


Dakwah Kepada Masyarakat Cina, Fuad Yeoh Abdullah

Budaya Masyarakat Cina, Danial Hakim Boey

pautan

BERZINA DENGAN IKHLAS


Soalan
Seorang remaja yang menamakan dirinya Yang Ikhlas telah menghantar satu surat kepada Dr Danial Zainal Abidin baru-baru ini. Antara isi surat itu ialah: Dr. Danial yang dihormati. Saya telah bercinta dengan seorang wanita. Demi cinta kami telah berzina. Tetapi saya tidak rasa bersalah sebab saya ikhlas dengannya. Saya hendak mengambilnya sebagai isteri saya. Saya tidak bertujuan untuk mempermainkannya. Rakan-rakan saya mengatakan tindakan saya adalah gentleman. Tetapi saya telah dimarahi oleh orang-orang tua saya. Saya rasa mereka berotak kolot. Apakah pandangan dan nasihat tuan.

Jawapan Dr. Danial Zainal Abidin
Yang Ikhlas yang dihormati. Saya bersyukur tentang keikhlasan saudara dan saya berharap itulah asas perbincangan kita. Dengan keikhlasan itu jugalah saya menulis jawapan ini kepada saudara.

Dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang menjadi sebab keruntuhan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya The History of Decline and Fall of the Roman Empire telah menulis bahawa: Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas…..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali!

Nabi datang untuk selamatkan kita dari kehancuran yang seperti itu. Nabi bersabda, Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. (Hadis riwayat Ahmad & Baihaqi)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur yang penting bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah. Ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya. Alangkah indahnya firman Allah yang bermaksud: Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu! (Surah Al-Baqarah ayat 223) Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isterimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan kerana kemudaratannya.

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep Machiavellianisme yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya The Prince telah menekankan konsep the end justifies the means ataupun niat membersihkan cara. Asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Laporan akhbar 6 Ogos 1999 juga ada perkaitan dengan krisis nilai ini apabila seorang tokoh koporat berpangkat Datuk, telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana bertujuan untuk mengahwininya. Itulah nilai yang sedang melanda dunia sekarang: Seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Memang ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan. Nilai agama dan akhlak adalah kolot. Jika demikian, mari kita perhatikan hasil dan sumbangan seks bebas kepada dunia. Seks bebas telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar Der Spiegel pernah menjadikan tajuk AIDS in Asia – Killer Epidemic in Sex Paradise (AIDS di Asia – Wabak Pembunuh di Syurga Seks), sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997. Kajian oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada dua kali ganda kemungkinan diserangi masalah emosi di dalam hidup mereka, berbanding dengan anak-anak lain (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics).

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Semua ini bukanlah sumbangan yang membanggakan bagi dunia moden.

Islam menekankan bahawa niat dan cara perlu betul. Niat kena ikhlas, cara kena mengikut syariat. Syariat mengharamkan zina. Nabi kita bersabda, Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya! (Hadis riwayat Ahmad & Thabrani)

Saya berharap saudara Yang Ikhlas akan kembali ke jalan yang murni berdasarkan agama. Seks bebas dan keruntuhan moral bukannya lambang kemajuan sebaliknya lambang kemunduran dan kehancuran.
Kaum Lut hancur kerananya.
Kota Pompei hancur kerananya. Empayar Rom juga hancur keranannya. Justeru, kembalilah ke pangkal jalan. (Semoga jawapan ini juga mendatangkan manfaat kepada mereka yang lain)

Nukilan Dr. Danial bin Zainal Abidin
(M.B.Ch.B. Universiti Alexandria)
Doktor Perubatan,
Motivator Mutiara FM (Radio Pulau Pinang),
Kolumnis Majalah I terbitan Karangkraf,
Penasihat Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa,
Imam Waris Beradat Pertubuhan Seni Silat Gayung
Pendakwah Bebas dan Khatib Jemputan dan
Bapa 8 Orang Anak (3 Belia 4 Remaja dan 1 Tadika)


Rabu, November 15, 2006

Ya Allah, Forgive Me When I Whine


Today, upon a bus,
I saw a girl with golden hair.
and wished I was as fair.
When suddenly she rose to leave,
I saw her hobble down the aisle.
She had one leg and wore a crutch.
But as she passed, a smile.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 legs, the world is mine.

I stopped to buy some candy.
The lad who sold it had such charm.
I talked with him, he seemed so glad.
If I were late, it'd do no harm.
And as I left, he said to me,
"I thank you, you've been so kind."
"It's nice to talk with folks like you.
You see," he said, "I'm blind."
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 eyes, the world is mine.

Later while walking down the street,
I saw a child with eyes of blue.
He stood and watched the others play.
He did not know what to do.
I stopped a moment and then I said,
"Why don't you join the others, dear?"
He looked ahead without a word.
And then I knew, he couldn't hear.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I have 2 ears, the world is mine.

With feet to take me where I'd go.
With eyes to see the sunset's glow.
With ears to hear what I'd know.
Ya Allah, forgive me when I whine.
I've been blessed indeed, the world is mine.

Who is the Loved One?


Who is the Loved One? Allah Who is Ar-Rahman? Allah Who is al-Mannan? La ilaha illa Allah Muhammadun Rasulu Allah, Muhammad is the Messenger To Allah is our return La illaha illa Allah Muhammadun Rasulu Allah Allah; Allah; Allahu Akbar All praise is due to The One and the Only He is the Master Of all creation He’s the Sustainer And the Maintainer Of the whole universe He gave us life He gave us light He sent to guide us Rasula Allah Allah Rahmanun Jabbarun Mannanun Tawwabun Karim Allah Ghafurun Raufun Saburun Shakurun Halim [Some of the names of Allah] Who is the Loved One? Allah Who is al Basir? Allah Who is al Khabir? Any one who fails To see all the signs Of His existence That He has spread around Will be completely blind Walking in the desert sands Having no peace of mindWho is the Loved One? Allah Who is al-Majid? Allah Who is al-Hamid?

Isnin, November 13, 2006

SURAH AL 'ASR


Selalu kita membaca surah Al-‘Asr. Paling kurang, apabila di hujung majlis, kita ada membaca surah tersebut walaupun ada yang tidak faham mengapa mereka membacanya. Dalam kesempatan kali ini, mari kita memerhati apakah maksud al-asr yang dinyatakan dalam surah tersebut. Asas makna al-asr ini ialah "memerah sesuatu sehingga menitis." Inilah yang dinyatakan oleh Ibn Faris dalam Mu'jam Maqayis al-Lughah.

Atas dasar itulah, Allah menggunakan perkataan mu'siraat sepertimana tertulis dalam surah an-Naba' ayat 14 yang bermaksud:

[Dan Kami menurunkan dari awan (mu'siraat) , air hujan yang mencurah-curah.]

Awan ialah mu'siraat yang dikaitkan dengan perkataan al-asr di mana awan akan 'diperah' bagi menghasilkan hujan yang turun dan dapat kita nikmati dalam kehidupan seharian. Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlu 'memerah'nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.


Selain itu, Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan iman amal. Marilah kita sama-sama memerhati makna al-asr yang sebenar-benarnya. Memang 'amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong (amal - dieja dengan alif mim laam). 'Amal (dieja 'ain mim laam) perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti. Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu ber'amal dengan sebenarnya.

GREETING




We will start with the morning as we go out when we meet people:
Surah An Nisaa (4): verse 86

[When a (courteous) greeting is offered to you, meet it with a greeting still more courteous, or (at least) of equal courtesy. Allah takes careful account of all things.]

Here we are instructed that God takes everything into accounts, and the greeting is also taken into consideration. There are times when a non-Muslim greets a Muslim with “Assalam Alaikum” (Peace be upon you), and sadly I have seen Muslims who have not replied. When I have asked them the reason for their behavior they have said: they feared that they were being made fun of. It is not important if the other person makes fun or not. In fact we cannot tell if this is true, as we cannot read his intentions. We are not responsible for him. We are responsible for our actions, and so whenever anyone gives us a greeting we must make a point to answer it as per instruction from the Qur’an, with the same greeting if not a better one.