Rabu, November 07, 2007

Tukar Rumah


Assalamualaikum wa rahmatullah

Makluman untuk semua pembaca...Saya telah berpindah alamat ke Wordpress

ianya di sini : http://fauzanibrahim.wordpress.com

Rabu, Julai 25, 2007

Kenapa Palestin?

Acapkali berita mengenai Palestin bumi bertuah antara tanah suci 3 agama itu, sering sahaja memenuhi ruang-ruang akhbar berita nasional mengenai terbunuhnya rakyat Palestin.
Naluri manusiawi kita pasti tersentuh dan derita apabila berita ini diajukan pada kita, baik Muslim atau tidak jika punya harga diri sebagai manusia yang berperasaan.

Artikel akhbar tiap hari ada sahaja berita ini.
Namun usaha tetap usaha untuk meneliti isu ini. Terbaru adalah pelancaran Fast To Fund for Palestine bermula 1 Rejab 1428H bersamaan 16 Julai 2007.

Pelancaran produk ini bukan hanya di bulan Rejab tetapi berlangsung hingga ke bulan Ramadhan nanti. Ini bermakna ia berlangsung 3 bulan. Pastinya kita akan dapat pelbagai ruang untuk kita berbuat kebaikan kepada yang memerlukan. Ayuh...! Berpuasa untuk menyumbang. Pasti akan terasa nikmat pabila kita puasa, duit hasil berjimat puasa tadi hulurkan pada rakan kita di Palestin.

Entri lalu:

Menurut produk tersebut setiap individu khususnya Muslim dapat menyumbang kepada Rakyat Palestin sehingga RM100 dapat disumbangkan dalam masa 3 bulan bermula 1 Rejab hingga 30 Ramadhan nanti.

Sehari berpuasa = RM2.50 & RM2.00 di Ramadhan
Bulan Rejab = 8 hari puasa x RM2.50 = RM20.00
Bulan Sya'aban = 8 hari puasa x RM2.50 = RM20.00
Bulan Ramadhan = 30 hari puasa x RM2.00 = RM60.00

Hasilnya = RM20.00 + RM20.00 + RM60.00 = RM100.00

Demikian kira-kira untuk menyumbang pada cadangan produk Fast to Fund ini.
Idea ini menarik, lebih teratur. Boleh dipraktis pada bulan-bulan yang lain. Tetapi jika tidak mampu, sumbangkan apa yang terdaya sekudrat ada.

Intipatinya daripada pelancaran produk ini adalah membawa mesej agar kita terus mengingati sahabat kita yang dalam kesusahan. Sentiasa berusaha membela Islam yang hanya kita sebagai pembelanya. Jika kita tidak bertindak, itu bermakna kita telah membunuh sahabat kita yang perlu sangat kepada bantuan kita.

Diantara kita pasti ada sahabat di sekeliling, kerabat terdekat yang telah meninggal dunia. Pastinya kita tidak dapat menahan sebak mengalir air mata. Namun jika kita sedar ada sahabat kita di Palestin mereka terpaksa melihat sahabat-sahabat mereka mati ditembak, dipukul, dihenyak, dihentam tanpa belas malah perkara itu berlaku juga kepada kaum keluarga sendiri sehingga anak dan ibu ditembusi peluru tubuh mereka di depan mata sendiri.


Di seluruh Malaysia saya pasti sudah ramai yang sudah mula menanam azam dan mula bertindak untuk menyumbang sedaya mungkin dalam menjaga sahabat jauh kita di Palestin sana.

Di kejauhan kita terpisah dari benua dan jarak serta sempadan negara. Namun bagi saya, sebagai Muslim hubungan yang terjalin atas dasar nikmat Islam itu lebih luas.
Sesungguhnya mereka amat memerlukan kita dari sudut material kewangan serta doa tulus dari hati kita yang mulus sujud memohon kekuatan dan ketaatan pada Allah agar tiada lagi kekejaman.

Dan tolong menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan taqwa. Janganlah kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat pedih seksaNya. - Surah Al Maidah ayat 2.

Jadilah kita duta-duta Islam di bumi Malaysia ini malah di mana jua kita berada. Nyatakan pada sesiapa jua bahawa kita Muslim yang membela sahabatnya di Palestin hanya untuk melihat bumi itu aman dan tenteram tanpa ada kekejaman dan penganiayaan.

Menyumbang lah sentiasa, untuk sahabat mu jua. Seiman Seaqidah DenganMu dalam Islam.

LINK:

  1. Palestin dan Orientalisma
  2. Palestin: Antara Ilusi Dan Realiti
  3. Zionis Semakin Mengganas, Umat Semakin Lemas!
  4. Palestin Bermandi Darah, Kita Hanya Berpura-pura Marah!
  5. Majlis Hi-Tea Bersama Keluarga Syuhada’ Palestin
  6. Thaurah Palestin

Isnin, Julai 16, 2007

REJAB

Sedikit mengenai Rejab:

  • Bulan ke 7 dalam kalendar Islam
  • Hijrah pertama hijrah ke Habsyah
  • Perang Tabuk bersama 30 ribu tentera Muslim
  • Pembebasan Baitul Maqdis
    - dibuka oleh Saidina Umar al Khattab
    - setelah 500 diduduki Muslim diserang tentera Salib dan dikuasai selama 60 tahun.
    - Salahuddin al Ayubi membebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab 583 Hijriah
    - Pada 1967 bersamaan 1387 umat Yahudi merampas tanah itu dan menamakan tanah itu sebagai tanah mereka
  • Lahir juga Imam Syafie

Ahad, Julai 15, 2007

L u a s kan P A N D A N G A N

Assalamualaikum

Salam persahabatan dari Fauzan =D

melatari hari-hari berlalu diibarat
bagai membuka lembar baru dalampembacaan.
Juga digambarkan seperti
meneroka peluang baru di tempat asing.

ini corat coret dariku untuk kalian

Luaskan pandanganmu,
dengan hati yang bersih memahami makna,
hidup ini tidak selalu cerah langitnya,

Luaskan pandanganmu,
setiap kerja itu sia-sia,
asal sahaja tiada niat pada yang Esa,

Luaskan pandanganmu,
hati yang gusar perlu sejahtera,
dari bisikan was-was syaitan penggoda,

Luaskan pandanganmu,
hari akan bersilih ganti masa,
rebut 5 sebelum LIMA,

Luaskan pandanganmu,
jangan bersedih senantiasa,
bangun sedia untuk berjasa,

Luaskan pandanganmu,
setiap permintaan tidak selalu diterima,
ada penolakan yang menghina,

Luaskan pandanganmu,
fikir utama antara utama,
agar tak merugi kecewa,

Luaskan pandanganmu,
bukan seorang engkau di dunia,
gerak secara kumpulan engkau lebih mara,

Luaskan pandanganmu,
tidak semua ilmu di dada,
jangan malu untuk bertanya,

LUASKAN PANDANGANMU

2013hr
Fauzan Ibrahim
Melaka
14 Julai 2007

Khamis, Julai 12, 2007

Andai Aku...

Bismillahirrahmanirrahim

Andai ku tahu….
Kegagalanku disebabkan ketidakmampuanku...
Kan ku lakukan hanya yang ku mampu...
Namun ku tahu segera ia berupa ujian hebat KAU beri padaku.

Aku tak gentar...
Tapi hiba hatiku...
Banyak peluang telah terlepas...
Banyak juga harapan terabai...

[Baca Seterusnya]

Selasa, Julai 10, 2007

Sleepless Nights

Assalamu'alaikum

If you toss and turn during the night without being able to fall asleep, do the following:

  1. Remember Allah with prophetic supplications or supplications taken from the Quran:

    "Verily in the remembrance of Allah do hearts find rest" (Surah Ar Ra'd 13: verse 28)
  2. Avoid sleeping during the day, except when you have no other choice:

    "And have made the day for livelihood" (Surah An Naba’ 78: verse 11)
  3. Read or write until sleep comes:

    "And say: ‘My Lord! Increase me in knowledge"
    (Surah Taha 20: verse 114)
  4. Work hard during the day :

"And (it is He Who) makes the day Nushur (i.e. getting up and going about here and there for daily work, etc., after one's sleep at night or like resurrection after one's death)." (Surah 25: verse 47)

Isnin, Julai 09, 2007

Rm 100 for Palestine -Fast to Fund-


click picture


Lagi link berkaitan Palestin:

  1. Majlis Hi-Tea Bersama Keluarga Syuhada’ Palestin : Promo Segera
  2. Pusat Informasi Palestin
  3. Suara Peduli Palestin: Palestin Kini
  4. Israel's Atrocities
  5. Remembrance of Al Quds : ROQ - Bersama untuk Dana Palestin