Jumaat, Disember 22, 2006

Rindu Rasul 1


Bi Abi Anta wa Ummi
Biar ayah bondaku jadi tebusanmu
Ya Rasulullah
Terhenti kerana ketiadaanmu apa yang tak terhenti
Kerana ketiadaan yang lain
Terhenti sudah nubuwah, arahnya, dan berita dari langit
Kau begitu khusus bagi kami
Sehingga jadilah kau penghibur kami dari selainmu
Kau juga begitu terbuka bagi semua
Sehingga semua derita atas pemergianmu
Sekiranya tidak kau perintahkan kami bersabar
Jika tidak kau larang kami berduka cita
Akan kami alirkan gelombang air mata
Tapi walau begitu sakit kami tak kunjung sembuh
Derita kami takkan berakhir
Sakit dan derita kami terlalu kecil
Berbanding kepedihan keranamu
Pemergianmu tak mungkin dikembalikan
Kematianmu tak bisa dihindarkan
Bi Abi Anta wa Ummi
Kenanglah kami di sisi tuhanmu
Dan simpan kami dalam hatimu


Luahan Ali bin Abi Talib

Banjir di Melaka (Jalan Lapangan) 21.12.2006


Persatuan Buddhist Tzu-Chi, berpengkalan di Taiwan juga mempunyai simpanan kidney bank yg terbesar didunia.

Mereka ada centre (i.e. kilang, klinik, recycling centre etc) di Batu Berendam Melaka (400m dari kilang Infineon tempat Akh Azhar Ismaun bekerja). Setiap kali after gaji time, bunch of his colleagues akan pergi ke that centre to give donations.



Malam semalam 21hb Disember 2006 kami (ana, akh YDP JIM Melaka, akh Aris Sipan, akh Zairi Suboh, akh Fauzi Janal, akh Dr Zainal & wife , Dr Maimunah Fadzil, akh Ammar Abd Rahman, ukhti Norhayati & her best friend, ukhti Rahimah Jantan) bergerak ke salah satu Tempat Pemindahan Banjir di Melaka iaitu di Sekolah Munshi Abdullah.



diketahui ada seramai 500 orang di sana, pelbagai lapisan masyarakat & bangsa terlibat dengan ujian ini. yang tua, muda, miskin & kaya, sihat & sakit segala macam ada. Berbagai persatuan & pertubuhan turut tampil memberi bantuan pakaian, makanan, ubat-ubatan, nasihat & wang. termasuklah Persatuan Buddhist Tzu-Chi Malaysia Melaka & Jamaah Islah Malaysia (JIM) Melaka.



Kelihatan ramai yang berpusu-pusu bergegas mendapatkan bekalan pakaian sewaktu kami sampai di sana. Ana mungkin tak tahu senario ini jika tidak melihat keadaan sebenar di tempat pemindahan ini.



Kemudian kami bergerak terpecah dalam 2 bahagian kumpulan. Ana, akh Ammar Abd Rahman, Akh Fauzi Janal & akh Zairi Suboh menuju ke Bachang ke rumah akh Zulkifli Omar melihat keadaan rumah beliau zang dinaiki air. Ya , rumah nya dinaiki air. Kata akh Zulkifli Omar tinggal 2mm air itu akan memasuki rumahnya. Keretanya diletakkan di Surau berdekatan. Kami berempat cuba masuk tapi keadaan basah kami tak mengizinkan kami untuk bertandang ke dalam rumah. Kami hanya berborak bincang mengenai keadaan banjir sambil akh Fauzi menceritakan bagaiman beliau yang terlebih dahulu mengalami banjir teruk di Taman Merdeka tempat kediamannya sekeluarga.



Lama kami berdiri di luar di tengah air yang semakin naik akh Zul Omar mengajak kami minum di kedai minuman yang berdekatan. Kedai itu juga ditenggelami air setinggi buku lali. Hm, salah seorang berseloroh 'bila lagi nak rasa makan & minum dalam banjir ni'. Akh Zairi juga dari Sekolah Munshi Abdullah asyik menangkap gambar dengan kamera Olympus nya. Sesekali ana membantu menangkap gambar beliau.



Allahuakbar. banyaknya kejadian seperti ramai orang yang membuat rondaan dengan kenderaan pacuan 4x4 mereka untuk meninjau keadaan setempat bagi persediaan orang ramai yang memerlukan bantuan. Kerana malam itu dikatakan ada air pasang besar. 'Air Pasang besar biasanya jadi', begitu kata akh Zairi Suboh.



Angin malam itu bertiup. Ana bertanya 'angin apa ni? bawa air hujan ka?'. 'Angin tolak hujan pergi tempat lain' jawab akh Zul Omar. Tenang saja.



Menurut akh Aris rumah ayah Syed Noh (TYDP JIM), Syed Ibrahim agak teruk berbanding akh Zul Omar.


Begitulah sedikit catatan minda sepanjang malam Jalan-jalan Ronda Banjir JIM Melaka.



MOga-moga aman & selamat keadaan mereka yang ditimpakan ujian Allah ini. Berbanding Indonesia yang dilanda gempa gegaran sekitar 5.1 skala Ritcher, kita agak beruntung lagi. Agak bertuah banding dengan Filipina yang disapa Taufan Durian.



Walaubagaimanapun harapnya ada pengajaran dapat kita ambil & pelajari daripada episod kehidupan pada saat terakhir 2006. 'Tiap-tiap akhir tahun pasti ada bencana besar berlaku' demikian ungkapan akh Zul Omar di meja minum kedai.



Wallahualam Allah lebih mengetahui.




























































































































































































































































































































































































































































































































































































































































Jumaat, Disember 15, 2006

NIKAH & KAHWIN

*GAMBAR AKH YAAKOB & MARYAM, MOHON DIIZINKAN, YG BAIK PATUT DIKONGSI

Allah berkata dalam al Quran:

Bagaimana kamu akan mengambilnya kembali, padahal sebagian kamu telah bergaul (bercampur) dengan yang lain sebagai suami-isteri. Dan mereka (isteri-isterimu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang kuat. (An-Nisaa': 21).

Kerana itu, diharapkan semua pihak yang terlibat di dalamnya, khususnya suami isteri, memelihara dan menjaganya secara sungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab.

Ayat ini Allah sebut khusus perkataan suami & isteri tetapi bukan boyfriend, girlfriend, awek, gewe atau apa yang lain.

Agama Islam telah memberikan petunjuk yang lengkap dan perinci terhadap persoalan perkahwinan. Mulai dari anjuran menikah, cara memilih pasangan yang ideal, melakukan khitbah (peminangan), bagaimana mendidik anak, serta memberikan jalan keluar jika terjadi kemelut dalam rumah tangga, sampai dalam proses nafaqah dan harta waris, semua diatur oleh Islam secara rinci dan detail.
Selanjutnya untuk memahami konsep Islam tentang perkahwinan, maka rujukan yang paling sah dan benar adalah Al-Quran dan As-Sunnah Shahih (yang sesuai dengan pemahaman Salafus Shalih -pen). Dengan rujukan ini kita akan dapati kejelasan tentang aspek-aspek perkahwinan mahupun beberapa penyimpangan dan pergeseran nilai perkahwinan yang terjadi di masyarakat kita.


Perkahwinan Itu Fitrah Manusiawi

Perkahwinan adalah fitrah kemanusiaan, maka dari itu Islam menganjurkan untuk nikah, kerana nikah merupakan gharizah insaniyah (naluri kemanusiaan). Bila gharizah ini tidak dipenuhi dengan jalan yang sah iaitu perkahwinan, maka ia akan mencari jalan-jalan syaitan yang banyak menjerumuskan ke lembah hitam. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui”. (Ar-Ruum: 30).

Jangan Membujang

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An-Nur: 32).
Islam galakkan nikah untuk memenuhi fitrah manusia dengan jalan yang sah. Nikah atau kahwin itu cukup besar ertinya hingga ia dikatakan sempurnakan sebahagian agama seseorang Muslim atau Muslimah.

Islam menolak sistem kerahiban yang membujang tidak berkahwin. Rasul Muhammad itu manusia biasa tetapi tetap berkahwin kerana fitrah manusia normal lagi taat beragama.

Bujang akan menyeksa diri. Kahwinlah dari kalangan wanita yang boleh lahirkan ramai anak dan penyayang serta paling penting ialah kefahaman dalam Islam.


Jadilah Golongan Yang Dibantu Allah

Mereka yang berkahwin ini adalah tergolong dalam mereka yang akan mendapat pertolongan Allah kerana mereka berusaha menjaga kehormatan dirinya dan orang lain. Kahwin itu caranya dalam Islam untuk menjaga kehormatan yang mulia dan sah.

Ibnu Mas’ud berkata dilaporkan dalam Ihya Ulumuddin jika dia tinggal 10 hari untuk hidup maka dia tetap akan berkahwin. Ia nikmat dan kurnia Tuhan.


Tujuan Berkahwin

1. memenuhi tuntutan fitrah manusia yang perlukan pasangan hidup antara lelaki dengan wanita. Tidak lelaki dengan lelaki (gay) dan wanita dengan wanita (lesbian)
2. benteng dari berbuat keji dan kotor serta berlaku tidak elok di sisi Islam
3. dirikan rumahtangga Islami
· pemilihan pasangan hendaklah sekufu dari segi iman & taqwa, soleh(lelaki baik) dan solehah(wanita baik)
· baik kesihatannya, akhlaqnya

4. tingkat ibadah pada Allah
5. lahirkan zuriat & keturunan yang soleh wa musleh (baik & membaikkan yang lain)

Guruku


GURUKU

Assalamualaikum

Kepada ibu dan ayah
Kawan dan adik
Ustaz dan ustazah
Cikgu dan guru besar
Guru dan pengetua
Pensyarah dan profesor

Jasamu sentiasa tercurah
Hulu hatimu tulus terasa
Budi disemai cantik bahasa
Ilmu diajar hikmah terjelma

Jelas matlamat teras mendidik
Adunan tarbiah cerdik bertatih
Santunan laku, gaya yang zahir
Bijak membelai sayang dan kasih

Muridmu ramai ragam berjenis
Jelik dan nakal tiada disisih
Bimbingmu bukan untuk permata
Cemerlang soleh igauan syurga

Ampunan kasih aku meminta
Moga kan redha selalu bersama
Doa diharap hulur barakat
Selamat jua dunia akhirat

fauzanibrahim
12122006
Melaka



Terima Kasih Guru-Nasyeed
(saujana)

Guruku
Pengorbananmu melambangkan betapa luasnya kasihmu jutaan penghargaan ku utus untuk mu oh tuhan rahmatilah guruku

Seorang insan di tabir malam tersenyum di balik kepayahan, tidak kan layu mencurah ilmu luas lautan baktimu guru, kau membentuk akhlak diri agar menjadi insan berbudi, menyuluh litar malam terangi kehidupan, sayup dihatimu walau pedih jiwamu kau mendidik tanpa jemu, hanya mengharapkan sinar kejayaan doa restu dikau iringkan, oh terimakasih cahaya hatiku tulus suci kasihmu, oh tuhan rahmati guru, wahai guruku yang tercinta kan ku ingat segala jasamu, harapanmu pasti kukotakan agar menjadi insan gemilang.

Penghargaan buat guru: klik sini

Surah as Saf @ battle array


Surah as Saf @ battle array (61: 14 ayat)

2 matlamat:


Matlamat pertama
-Islam adalah pedoman @ manhaj Allah untuk manusia yang datang dalam acuan terakhir.
-Acuan telah lalui masa & zaman sesuai dengan keadaan tempat, masyarakat.
-Pernah dilalui oleh para rasul & umat lain
-Nabi Musa bertemu kaumnya yang ingkar & pertanggungjawaban telah gugur dari kaum Musa terhadap agama Allah kerana seleweng.
-Nabi Isa didatangkan bagi kesinambungan utusan Nabi Musa. Sahkan kandungan Taurat.


-Penghubung antara kitab samawi terawal & terakhir. Ambil tanggungjawab agama daripada nabi Musa kepada Rasul yang diceritakan dalam ayat 6.


Matlamat kedua
-Sejauhmana seorang Muslim faham isu aqidah & tanggungjawabnya. Bila faham hakikat sebenar diri, ikhlas berjihad juang jadi teras. (ayat 1-4)
-Tiada ragu-ragu, ada perniagaan paling untung di dunia & akhirat. (ayat 10-13)
-Surah diakhiri agar Muslim jadi penolong agama Allah sepertimana hawariyyun tolong Nabi Isa.
-Perihal akhlaq Muslim turut disentuh, ada kecaman dari Allah terhadap akhlaq buruk muslim. -Ada keberatan dalam melaksanakan jihad, perlu keteguhan iman. (penjelasan surah an Nisa’ ayat 77-78)

Jihad ini untuk Allah, dilakukan bersama-sama dalam satu barisan (saf). Ada hubungkait dengan pembangun ummah (pemerintah, pemikir, pelaksana sama seperti konsep masyarakat yang telah sedia ada), kuasai ekonomi, politik, sosial, aspek profesionalisme disamping ilmu agama.



Singkap sejarah dakwah nabi terdahulu dengan kaum masing-masing. Kaji sebab keingkaran agar tidak tergolong.



Perdagangan @ niaga yang Allah tawarkan dalam ayat 10 adalah ajakan istimewa daripada Allah. Ini seperti peristiwa kontrak perniagaan antara Rasulullah dengan Abdullah bin Rawahah. Abdullah minta syarat, Rasulullah nyatakan sujud hanya pada Allah & syurga sebagai balasan.
ukhwah persaudaraan sesama Muslim penting untuk perjuangan.



Jujur & istiqamah. Isi hati sama dengan penampilan bagi individu Muslim. Sama segalanya.

Sebagai tambahan:
- Rujuk kisah bani Israel dengan Nabi Musa menentang Firaun
- Kisah lembu, sikap permain perintah Tuhan dan nabi
- Kisah hawariyyun, 12 orang anak murid @ sahabat nabi Isa
- Senario semasa gerakan zionis & kristianisasi

Isnin, Disember 11, 2006

Anak Kunci Mengenal Allah


Firman Allah Taala;
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa Al-Qur'an itu benar. (QS. 41:53)


Tidak ada perkara yang lebih hampir dari diri sendiri. Jika anda tidak kenal diri sendiri, bagaimana anda hendak tahu perkara-perkara yang lain? Yang dimaksudkan dengan Mengenal Diri itu bukanlah mengenal bentuk lahir anda, badan, muka, kaki, tangan dan lain-lain anggota anda itu. karena mengenal semua perkara itu tidak akan membawa kita menegnal allah. Dan bukan pula mengenal setakat perkara dalam diri anda yaitu bila anda lapar anda makan, bila dahaga anda minum, bila marah anda memukul dan sebagainya. Jika anada bermaksud demikian, maka binatang itu sama juga dengan anda. Yang dimaksudkan sebenarnya mengenal diri itu ialah;


Apakah yang ada dalam diri anda itu?
Dari mana anda datang?
Kemana anda pergi?
Apakah tujuan anda berada dalam dunia fana ini?
Apakah sebenarnya bagian dan apakah sebenarnya derita?


Sebahagian daripada sifat-sifat anda adalah bercorak kebinatangan. Sebagian pula bersifat Iblis dan sebagian pula bersifat Malaikat. Anda hendaklah tahu sifat yang mana perlu ada; dan yang tidak perlu. Jika anda tidak tahu, maka tidaklah anda tahu di mana letaknya kebahagiaan anda itu.


Kerja binatang ialah makan, tidur dan berkelahi. Jika anda hendak jadi binatang, buatlah itu saja. Iblis dan syaitan itu sibuk hendak menyesatkan manusia, pandai menipu dan berpura-pura. Kalau anda hendak menurut mereka itu, lakukan sebagaimana kerja-kerja mereka itu. Malaikat sibuk dengan memikir dan memandang Keindahan Ilahi. Mereka bebas dari sifat-sifat kebinatangan. Jika anda ingin bersifat dengan sifat KeMalaikatan, maka berusahalah menuju asal anda itu agar dapat anda mengenali dan meikirkan Allah Yang Maha Tinggi dan bebas dari belenggu hawa nafsu. anda hendaklah tahu kenapa anda dilengkapi dengan sifat-sifat kebintangan itu. Adakah sifat-sifat kebinatangan itu akan menaklukkan anda atau adakah anda menakluki mereka?. Dan dalam perjalanan anda ke atas martabat yang tinggi itu, anda akan gunakan mereka sebagai tunggangan dan sebagai senjata.


Langkah pertama untuk mengenal diri ialah mengenal bahwa anda itu terdiri dari bentuk yang zhohir, yaitu badan; dan perkara yang batin yaitu hati atau Ruh. Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu bukanlah daging yang terletak dalam sebelah kiri badan. Yang dimaksudkan dengan "HATI" itu ialah satu perkara yang dapat menggunakan semua kekuatan; yang lain itu hanyalah sebagai alat dan kakitangannya. Pada hakikat hati itu bukan termasuk dalam bidang Alam Nyata(Alam Ijsam) tetapi adalah termasuk dalam Alam Ghaib. Ia datang ke Alam Nyata ini ibarat pengembara yang melawat negeri asing untuk tujuan berniaga dan akhirnya kembali akan kembali juga ke negeri asalnya. Mengenal perkara seperti inilah dan sifat-sifat itulah yang menjadi "Anak Kunci" untuk mengenal Allah.


Sedikit idea tentang hakikat Hati atau Ruh ini bolehlah didapati dengan memejamkan mata dan melupakan segala perkara yang lain kecuali diri sendiri. Dengan cara ini, dia akan dapat melihat tabiat atau keadaan "diri yang tidak terbatas itu". Meninjau lebih dalam tentang Ruh itu adalah dilarang oleh hukum. Dalam Al-Quran ada diterang;


Mereka bertanya kepadamu tentang Ruh. Katakanlah Ruh itu adalah dari urusan TuhanKu". (Bani Israil:85)
Demikianlah sepanjang yang diketahui tentang Ruh itu dan ia adalah mutiara yang tidak bisa dibagi-bagi atau dipecah-pecahkan dan ia termasuk dalam "Alam Amar/perintah". Ia bukanlah tanpa permulaan. Ia ada permulaan dan diciptakan oleh Allah. Pengetahuan falsafah yang tepat mengenai Ruh ini bukanlah permulaan yang harus ada dalam perjalanan Agama, tetapi adalah hasil dari disiplin diri dan berpegang teguh dalam jalan itu; seperti tersebut di dalam Al-Quran;


"Siapa yang bersungguh-sungguh dalam jalan Kami, niscaya Kami akan pimpin mereka ke jalan yang benar itu". (Al-Ankabut:69)


Untuk menjalankan perjuangan Keruhanian ini, bagi upaya pengenalan kepada diri dan Tuhan, maka
badan itu bolehlah diibaratkan sebagai sebuah Kerajaan, Ruh itu ibarat Raja.
Pelbagai indera (senses) dan daya (fakulti) itu ibarat satu pasukan tentera,
Aqal itu bisa diibaratkan sebagai Perdana Menteri.
Perasaan itu ibarat Pemungut pajak.
Marah itu ibarat Pegawai Polisi.


Dengan pakaian Pemungut pajak, perasaan itu terus ingin merampas dan merampok. dan marah sentiasa cenderung kepada kekasaran dan kekerasan.


Kedua-duanya ini perlu ditundukkan di bawaah perintah Raja. Bukan dibunuh atau dimusnahkan karena mereka ada tugas yang perlu mereka jalankan, tetapi jika perasaan dan marah menguasai Aqal, maka tentulah Ruh akan hancur.


Ruh yang membiarkan daya-daya bawah menguasai daya-daya atas adalah ibarat orang orang yang menyerahkan malaikat kepada kekuasaan Anjing atau menyerahkan seorang Muslim ke tangan orang Kafir yang zalim. Orang yang menumbuh dan memelihara sifat-sifat iblis atau binatang atau Malaikat akan menghasilkan ciri-ciri atau watak yang sepadan den dengannya yaitu iblis atau binatang atau Malaikat itu. Dan semua sifat-sifat atau ciri-ciri ini akan nampak dengan bentuk-bentuk yang kelihatan di Hari Pengadilan.
Orang yang menurut hawa nafsu nampak seperti babi,
orang yang garang dan ganas seperti anjing dan serigala,
dan orang yang suci seperti Malaikat.
Tujuan disiplin akhlak(moral) ialah untuk membersihkan Hati dari karat-karat hawa nafsu dan amarah, sehingga ia jadi seperti cermin yang bersih yang akan memantulkan Cahaya Allah Subhanahuwa Taala.


Mungkin ada orang bertanya;
"Jika seorang itu telah dijadikan dengan mempunyai sifat-sifat binatang, Iblis dan juga Malaikat, bagaimanakah kita hendak tahu yang sifat-sifat Malaikat itu adalah jauharnya yang hakiki dan yang lain-lain itu hanya sementara dan bukan sengaja?"


Jawabannya ialah mutiara atau inti sesuatu makhluk itu ialah dalam sifat-sifat yang paling tinggi yang ada padanya dan khusus baginya. Misalnya keledai dan kuda adalah dua jenis binatang pembawa barang-barang, tetapi kuda itu dianggap lebih tinggi darjatnya dari keledai karena kuda itu digunakan untuk peperangan. Jika ia tidak boleh digunakan dalam peperangan, maka turunlah ke bawah darjatnya kepada darjat binatang pembawa barang-barang. saja.


Begitu juga dengan manusia; daya yang paling tinggi padanya ialah ia bisa berfikir yaitu Aqal. Dengan fikiran itu dia bisa memikirkan perkara-perkara Ketuhanan. Jika daya berfikir ini yang meliputi dirinya, maka bila ia mati(bercerai nyawa dari badan), ia akan meninggalkan di belakang semua kecenderungan pada hawa nafsu dan marah, dan layak duduk bersama dengan Malaikat. Jika berkenaan dengan sifat-sifat Kebinatangan, maka manusia itu lebih rendah tarafnya dari binatang, tetapi Aqal menjadikan manusia itu lebih tinggi tarafnya, karena Al-Quran ada menerangkan bahawa;


"Kami telah tundukkan segala makhluk di bumi ini kepada manusia" (Luqman:20)
Jika sifat-sifat yang rendah itu menguasai manusia, maka setelah mati, ia akan memandang terhadap keduniaan dan merindukan keindahan di dunia saja.


Ruh manusia yang berakal itu penuh dengan kekuasaan dan pengetahuan yang sangat menakjubkan.
Dengan Ruh Yang Berakal itu manusia dapat menguasai segala cabang ilmu dan Sains;
dapat mengembara dari bumi ke langit dan balik semula ke bumi dalam sekejap mata,
dapat memeta langit dan mengukur jarak antara bintang-bintang.
Dengan Ruh itu juga manusia dapat menangkap ikan ikan dari laut dan burung-burung dari udara, dan
menundukkan binatang-binatang untuk tunduk kepadanya seperti gajah, unta dan kuda.
Lima indera (pancaindera) manusia itu adalah ibarat lima buah pintu terbuka menghadap ke Alam Nyata(Alam Syahadah) ini. Lebih ajaib dari itu lagi ialah Hati. Hatinya itu adalah sebuah pintu yang terbuka menghadap ke Alam Arwah(Ruh-ruh) yang ghaib. Dalam keadaan tidur, apabila pintu-pintu deria tertutup, pintu Hati ini terbuka dan manusia menerima khabaran atau kesan-kesan dari Alam Ghaib dan kadang-kadang membayangkan perkara-perkara yang akan datang. Maka hatinya adalah ibarat cermin yang memantulkan (bayangan) apa yang tergambar di Luh Mahfuz. Tetapi meskipun dalam tidur, fikiran tentang perkara keduniaan akan menggelapkan cermin ini. Dan dengan itu gambaran yang diterimanya tidaklah terang. Selepas bercerai nyawa dengan badan(mati), fikiran-fikiran tersebut hilang sirna dan segala sesuatu terlihatlah dalam keadaan yang sebenar. Betullah firman Allah dalam Al-Quran;
"Kami telah buangkan hijab dari kamu dan pandangan kamu hari ini sangatlah terang dan nyata". (Surah Qaf:22).

Khamis, Disember 07, 2006

ISLAM BUKAN AGAMA PENGGANAS



Dari Dr Danial bin Zainal Abidin dalam ruangan Motivasi Mutiara pada 12 September 2006, hari Selasa jam 7.30 pagi di Mutiara FM Pulau Pinang 95.7 mhz.


Assalamulaikum wbt. Tuan-tuan & puan-puan,
Para peminat Mutiara FM yang dimuliakan. Ramai orang termasuk pembesar-pembesar negara di seluruh dunia memperingati 11 September yang telah di sambut semalam. Mereka memperingatinya dengan menyatakan kebencian mereka terhadap keganasan dan perbuatan-perbuatan yang ganas. Apa yang jelas ialah kita semua apatah lagi kita yang beragama Islam, kita sepatut dan sewajarnya membenci dan menjauhi sebarang keganasan.


Namun 11 September merupakan suatu titik hitam, bukan sangat bagi keganasan tetapi bagi Islam. Sebab yang tertonjol selepas kejadian itu ialah Islam dikaitkan dengan keganasan. Al-quran dikatakan sebagai kitab yang di penuhi dengan ayat-ayat yang merangsang keganasan sehingga ada golongan di barat yang menulis buku tentangnya. Kemudian yang tertonjol nama-nama di persada dunia yang dikaitkan dengan isu keganasan ialah orang Islam seperti Osama bin Laden dan Saddam Hussain.


Amerika menjadikan Osama bin Laden sebagai alasan untuk menyerang Afghanistan. Afghanistan hampir-hampir hancur dan rakyatnya terus menderita pada hari ini. Tetapi Osama bin Laden masih lagi tidak di ketahui dimana dia sekarang. Iraq di serang sebab kononnya Saddam Hussain sebagai bekas pemimpin Iraq telah menyimpan senjata-senjata pemusnah yang hebat. Iraq di serang. Hari ini Iraq kacau bilau dan di penuhi dengan pancaroba. Saddam Hussain telah di tangkap tetapi senjata pemusnah tidak di temui dan malah tidak akan di temui sebab ia tidak pernah ada di Iraq sehingga ke hari ini. Maka nama Islam telah menjadi kotor tetapi yang jelas pengganas yang sebenarnya kita pun tidak tahu siapa yang sebenarnya. Kita anti keganasan dan tidak ada masalah tentang kalimat kita anti keganasan tetapi siapa pengganas yang sebenarnya. Sebab itu ramai orang pada hari ini di barat yang terfikir mungkinkah ujud di sana konspirasi untuk mengaibkan Islam. Mungkinkah di sana wujud satu konspirasi untuk mengaibkan umat Islam. Sudah ada orang-orang besar di barat yang berpemikiran seperti itu. Mereka telah menjelajah dunia untuk berceramah tentang isu yang hendak mereka bangkitkan ini iaitu berkemungkinan bukan Islam dan umatnya pengganas tetapi golongan lain.

Untuk menutup keganasan orang lain mereka menuduh Islam. Sudah ada suara-suara seperti itu. Sebagai contoh yang di suarakan oleh Collins Spiper yang telah mengarang banyak buku dan antara yang terbaru ialah The High Priests Of War. Perancang-perancang sebenarnya dan beliau dengan berani mengatakan bahawa bukan orang Islam yang menjadi pengganas di sebalik keganasan yang berlaku pada hari ini. Ada golongan lain yang jahat yang telah merancang keganasan ini dan mereka menuduh Islam sebagai agama yang melahirkan pengganas tetapi sebenarnya bukan Islam dan bukan umat Islam.


Anda perlu membaca tulisan-tulisan Collins Spiper dan rakan-rakannya dengan analisis yang tajam di penuhi fakta untuk menyedarkan kita bahawa apa yang sedang berlaku pada dunia sekarang. Siapa pengganas yang sebenarnya. Ada golongan yang setelah mengkaji ini telah memeluk agama Islam. Sebab mereka menyedari ada konspirasi di sebalik sana dan mereka menyedari juga bahawa Islam adalah agama yang baik dan umat Islam secara umumnya ialah umat yang baik dan mereka bukan pengganas. Antaranya ialah seorang yang pernah datang ke Pulau Pinang. Seorang wanita yang merupakan seorang wartawan terkenal yang pernah berkhidmat di BBC iaitu Yvonne Ridley yang sekarang merupakan seorang muslimah. Seorang yang telah memeluk Islam dan lantang mengatakan bahawa pengganas yang sebenarnya bukan orang Islam.


Jadi kita sebagai umat Islam jangan tertipu. Namun kita perlu merangsang diri kita agar kita tidak menjadi pengganas. Pengganas tidak mengenali agama dan bangsa. Bila kita kaitkan dengan Islam, kita harus mengatakan Islam tidak pernah menyuruh umatnya menjadi pengganas. Sebaliknya agama Islam menyuruh umatnya menjadi seorang yang bijaksana, lemah lembut dan seumpamanya. Cuba kita perhatikan firman Allah yang bermaksud, “ Dengan rahmat daripada Allah wahai Muhammad kamu berlemah lembut dengan mereka. Andaikata kamu bengis dan bersikap keras hati dengan mereka, mereka akan lari daripadamu ”.
Itu dia nabi dan pengasas agama kita. Nabi Muhammad saw yang di puji Allah sebab baginda berlemah lembut. Tidak bengis dan keras hati dengan orang lain. Itu dia yang sebenarnya di perturunkan kepada umat Islam agar kita itu berlemah lembut, mempunyai perasaan belas kasihan, perasaan rahmah dan jauh sekali menjadi seorang pengganas.


Marilah sama-sama kita hidup dengan aman apatah lagi kita di Malaysia, kita hidup dalam sebuah masyarakat majmuk. Mari kita hidup secara aman. Kita sebagai orang Islam menghormati agama lain dan kita juga mahu agama lain menghormati Islam. Jangan ajar orang Islam tentang bagaimana beragama Islam. Bila kita menghormati agama Islam dan orang Islam pula menghormati agama lain insyaallah itulah yang Islam mahu. Akhir kata jangan lupa firman Allah swt dalam surah Al-Hujurat yang bermaksud, “ Wahai manusia kami telah menjadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami telah menjadikan kamu berpuak-puak dan juga berkelompok-kelompok agar kamu berkenal kenalan antara satu dengan yang lain. Bukan berbunuh-bunuhan antara satu dengan yang lain. Orang yang paling mulia di sisi Allah dari kalangan kamu ialah orang yang paling bertakwa ”. Bukan orang yang berumah besar dan bolih memberi mahar yang tinggi ketika berkahwin. Yang paling mulia ialah orang yang paling bertakwa.


Ini konsep Islam. Islam bukan keganasan. Itulah yang hendak kita tekankan pada pagi yang permai ini. Semoga Allah memberkati anda insyaallah.

Johari Yap minat Islam menerusi ibadat puasa




oleh ZUARIDA MOHYIN

Johari Yap (tengah) sekeluarga bersama keluarga kandungnya. Ibu bapanya (dua dan tiga dari kanan) reda dengan pengislaman anak sulung mereka.

DUGAAN dan cabaran adalah lumrah dalam kehidupan setiap insan di muka bumi ini, apatah lagi bagi mereka yang bergelar saudara baru atau mualaf. Hakikat ini turut diperakui Pegawai Perhubungan di Yayasan Orang Kurang Upaya (OKU) Kelantan, Jalan Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Johari Abdullah @ Yap Guan Kheng atau lebih dikenali dengan panggilan Johari Yap. Menurut anak kelahiran Wakaf Bharu ini lagi, beliau tidak menghadapi masalah sebelum pengislaman memandangkan tinggal berjauhan daripada ibu bapa. Namun selepas memeluk Islam bermulalah episod peritnya, kira-kira 10 tahun lalu.

“Saya terpaksa berhenti kerja di Kuala Lumpur dan tinggal dengan bapa saudara di Batu Pahat, Johor selama lebih kurang setahun. Setelah keadaan agak reda, saya kembali semula ke Kuala Lumpur. Pada masa itu, walaupun tidak timbul ketegangan namun hubungan dengan keluarga kandung sudah tidak semesra dahulu. “Sungguhpun keluarga tidak lagi memberi tekanan kepada saya, bahananya beralih kepada kedua-dua ibu bapa saya. Mereka dituduh tidak pandai mendidik satu-satunya anak lelaki sehingga sanggup bertukar agama. Ini kerana, saya adalah anak lelaki sulung daripada empat adik-beradik. “Sementara itu, orang Melayu Islam pula cuba ‘meMelayukan’ saya. Apabila saya cuba mengekalkan identiti Cina, akan dituduh tidak Islamik. Jika terlebih keMelayuan pula, keluarga dan rakan-rakan Cina yang lain menuduh kita sudah masuk Melayu, bukan masuk Islam.

Dilema inilah yang menyebabkan saya seringkali serba salah,” katanya bersyukur berjaya mengharunginya dengan adanya Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma). Pun begitu, tegas Johari Yap, 31, sebagai seorang saudara baru, dugaan dan cabaran yang timbul merupakan asam garam dalam menempuh hari-hari yang mendatang.

Beliau cuba berkongsi situasi genting yang dihadapinya acap kali tibanya sambutan Tahun Baru Cina di mana acara ‘makan besar’ bersama keluarga menjadi kemestian. Tambahan pula, kebiasaannya salah satu menu penting pada malam tersebut adalah daging khinzir.


“Tetapi jika tidak hadir, kesannya lebih besar seolah-olah saya cuba membelakangkan keluarga. Akhirnya saya tawakal dan menghadirinya. Pada malam itu, saya hanya menyentuh juadah berasaskan sayur-sayuran atau ulaman sahaja. Alhamdulillah, apabila pakcik menyuruh saya menyembelih ayam kampung untuk dimasak, saya dapat mengagak bahawa keadaan akan berubah.


“Sangkaan saya benar apabila pada majlis makan besar itu, tiada daging khinzir yang disajikan. Sama ada mereka menyorok ataupun langsung tidak ada, itu tidak penting. Yang pasti, mereka menghormati saya sebagai orang Islam. “Selain itu, ada pula orang Islam yang memberikan nasihat seperti: “Kalau balik rumah, jangan minum air yang disediakan ibu kamu kerana bimbang gelas yang digunakan itu pernah diisikan dengan air arak”. Cuba bayangkan perasaan ibu apabila anak sudah tidak mahu minum air yang disediakannya hanya kerana berbeza agama. Kalau begitu, lebih baik tidak balik ke rumah, kalau akan menyakitkan hatinya. “Sebenarnya, mereka yang memberikan nasihat-nasihat seperti ini, ramai berada di luar sana. Mungkin mereka yang memberikan nasihat ini tidak mempunyai saudara mara yang bukan Islam atau tidak mempunyai rakan-rakan yang bukan Islam.

Mereka ini lebih mementingkan fikah berbanding uslub dakwah,” kata Johari Yap dalam balasan e-melnya kepada penulis. Berkongsi pula kisah ‘penghijrahan’ akidahnya, cerita anak kepada pasangan Yap Beng Chui dan Goh Sa Huay, selama enam tahun bersekolah di SRK Wakaf Bharu, beliau tinggal dengan nenek yang beragama Kristian Seventh Day Adventist (SDA) yang mana daging khinzir adalah haram.

Sejak kecil, Johari Yap sudah tidak menjamah daging khinzir lagi. Manakala, ibu yang beragama Buddha dan bapa yang berfahaman Kristian, memberi pilihan kepadanya untuk memilih antara dua agama tersebut. “Apabila melanjutkan pelajaran ke tingkatan satu di Maktab Tentera Diraja (RMC) Sungai Besi, Kuala Lumpur pada 1988, saya mula belajar berpuasa walaupun untuk separuh hari demi menyahut cabaran seorang rakan. Saya berjaya berpuasa penuh sewaktu di tingkatan tiga walaupun banyak rintangan yang ditempuhi seperti latihan kawad dan ketenteraan.


“Tidak kurang juga cemuhan daripada rakan-rakan Muslim yang mengatakan saya membuang masa kerana tidak dapat pahala kecuali lapar dan dahaga. Walau bagaimanapun, saya hanya berpuasa di RMC, apabila pulang bercuti, saya tidak berkesempatan berpuasa,” katanya. Penghayatan Islam semakin serius dengan galakan seorang rakan yang juga seorang Cina Muslim generasi ketiga, Zubir Lee Yew Weng. “Saya berjaya berpuasa penuh sebulan Ramadan pada 1992 semasa di tingkatan lima di RMC. Saya mengikuti Zubir Lee ke kampungnya di Kuching, Sarawak selama seminggu sempena Hari Raya Puasa. Di situlah, buat pertama kali saya diajar makan ikan menggunakan chopstick dan melihat cara hidup Cina Muslim di sana. “Sebagai seorang Cina yang berasal dari kampung di Kelantan, makan dengan menggunakan tangan adalah satu kebiasaan dan bukan pelik untuk melihat orang Cina Kelantan tidak pandai menggunakan chopstick,” terang Johari Yap yang mendapat bimbingan secara tidak langsung daripada salah seorang guru di RMC, Hafizul Ong Abdullah.
Selepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau melanjutkan pelajaran peringkat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di Sekolah Menengah Chung Hwa, Kota Bharu. Sebaik tamat peperiksaan STPM, beliau ke Kuala Lumpur untuk membantu rakan, Zubir Lee yang membuka cawangan perniagaan bapanya di Kuala Lumpur pada 1995. Sewaktu di Kuala Lumpur, beliau mengambil kesempatan berkhatan biarpun masih belum berani bergelar Muslim. Setahun kemudian, barulah beliau menyuarakan hasrat memeluk Islam. Tarikh 2 Mac 1996 adalah detik keramat dalam diari kehidupan Johari Yap kerana hari itulah beliau melafazkan syahadah di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Beliau ditemankan Zubir Lee dan Brig. Jen. (B) Datuk Mohd Shukor, yang juga merupakan bekas pelajar RMC. Akui Johari Yap lagi, boleh dikatakan minatnya terhadap Islam timbul apabila dapat merasai nikmat berpuasa lebih-lebih lagi dirinya adalah jenis orang yang tidak boleh menahan lapar. Selepas bergelar Muslim, akuinya, perasaan gementar masih wujud kerana tidak pasti kemampuannya menjadi seorang Muslim yang baik. Persoalan yang sentiasa bermain di benaknya ketika itu ialah, “Bolehkah aku menunaikan sembahyang lima kali sehari sedangkan sejak 21 tahun lepas aku tidak pernah bersembahyang?" Alhamdulillah dengan bimbingan ustaz-ustaz di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Wilayah Persekutuan ketika itu serta Ustaz Zainuddin dari Masjid Shah Alam, perasaan gementar itu hilang dan digantikan dengan perasaan tenang. Malah beliau juga bersyukur kerana menerima pendidikan Jawi sepanjang bersekolah rendah dan ini banyak membantu dalam pengajian al-Qurannya. “Tiga minggu selepas pengislaman, saya telah bertemu Dr. Norsila Abdul Wahab di Hospital Seremban. Perkenalan itu berakhir ke jinjang pelamin. Kini kami dikurniakan sepasang anak yang masing-masing berumur 6 dan 3 tahun, Mikhael dan Misha. Isteri dan anak-anak adalah hadiah terbaik anugerah daripada Yang Maha Kuasa. “Sebelum memeluk Islam, saya amat rapat dengan ibu. Keadaan menjadi agak renggang setelah saya memeluk Islam tetapi pulih setelah saya mendapat anak. Semuanya bermula sewaktu mengikuti isteri yang melanjutkan pelajaran di London. “Kami kembali ke Kelantan pada 2002, Mikhael diajar untuk memanggil ‘Akong’ kepada datuknya dan ‘Ama’ pada neneknya. Cucu lelaki sulung inilah merupakan pengikat kepada hubungan anak dan ibu bapanya,” katanya.


Kini Mikhael bersekolah tadika di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Peir Chih, Kota Bharu. Sekarang, keadaan menjadi lebih baik kerana Islam menyuruh umatnya menghormati ibu walaupun berlainan agama. Beliau cuba memberikan kasih sayang kepada ibu bapa melebihi daripada sebelum memeluk Islam. Beliau ingin menonjolkan nilai-nilai murni dalam Islam melalui contoh yang baik ataupun dakwah Bil-Hal. Malah isteri yang juga pensyarah Pergigian di Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan, Kubang Kerian banyak membantu memahami sekali gus membina hubungan rapat dengan mentua. Di samping itu, ibunya amat berhati-hati mengenai makanan sehinggakan akan mencari logo halal jika ingin membelikan makanan untuk cucu-cucunya apabila berkunjung ke rumah Johari Yap. Jarak rumahnya di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok dengan rumah keluarga di Kampung Chabang Empat Tok Mek Ngah, Tumpat ialah kira-kira satu jam perjalanan. Nasihatnya kepada saudara baru, hormatilah ibu bapa kandung. Sayangilah mereka sebagaimana mereka membesarkan kita.

“Ibu bapa mana yang tidak sedih dengan pengislaman anak mereka. Terdapat kes di kampung saya di mana mereka yang memeluk Islam memutuskan hubungan sehingga berpuluh tahun lamanya dan ada juga yang terus menghilangkan diri. Ada pula yang berasa jijik untuk pulang atau makan minum di rumah sedangkan di situlah dia membesar. “Ada pula menjadi terlebih ‘alim’ sehingga tidak mahu berbahasa Cina kerana itu adalah bahasa tidak Islamik berbanding dengan bahasa Arab ataupun Melayu. Ini adalah contoh yang tidak sihat dan tidak membantu dalam usaha dakwah Islamiah kepada bangsa Cina. Jika bukan disebabkan oleh sebab-sebab itu, mungkin keluarga saya tidak menentang atau mereka sekadar sedih sahaja,” katanya yang turut aktif sebagai Ahli Majlis Kebangsaan Perkim, Perkim Kebangsaan, Setiausaha Kehormat Macma, Cawangan Kelantan dan ahli jawatankuasa (AJK) Unit Hal Ehwal Saudara Baru, Islamic Outreach ABIM Kelantan.


Kini, Johari Yap bercita-cita mempelajari bahasa Mandarin dan memberi kefahaman Islam kepada seramai mungkin orang Cina yang bukan Islam. Mereka tidak menentang Islam atau memusuhi Islam, cuma mereka kurang faham mengenai Islam. Bahasa Hokkien yang digunakan ini hanya digunakan di Kelantan sahaja. “Saya menjadi ahli Perkim dan Macma sejurus memeluk Islam. Di dalam persatuan ini saya dapat ramai kenalan Cina Muslim untuk bertukar-tukar pendapat serta berkongsi masalah. Saya banyak memberi kaunseling kepada mereka yang ingin memeluk Islam serta baru memeluk Islam. Hubungan sesama ahli Macma di Kelantan amat rapat dan pada 31 Ogos lalu, kami mengadakan program Hari Keluarga Macma di Pulau Perhentian yang melibatkan 85 ahli dan keluarga. “Peristiwa paling manis ialah diberi tanggungjawab mengIslamkan seorang gadis Cina oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan pada Ramadan tahun ini.


utusan malaysia 7 december 2006

IGHFIRLI


ASTAGHFIRULLAH ROBBAL BAROYA
ASTAGHFIRULLAH MINAL KHOTOYA


ROBBI ZIDNI 'ILAM NAFI'A
WA WAFIQNI 'AMALAN SOLIHA

Allah tuhanku ampuni hamba dari segala salah & lupa
akulah hamba yang lemah eeman harap ampunan engkau curahkan
setulus doa aku panjatkan
semoga rahmat engkau limpahkan
pada ibuku juga ayahku
yang melahirkan membesarkanku
bagi mereka guru-guruku jasa tercurah selalu untuk ku
berilah hamba ilmu berguna
untuk pelita di dalam jiwa
kuatkan eeman di dalam dada
tunduk patuh pada Mu
semata

10 WASIAT DARI IMAM AL-SYAHID HASSAN AL-BANNA



1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

Ahad, Disember 03, 2006

AKU SEKARANG INI


ALLAHU
AKU DI SINI
MASIH LAGI MENYEPI
TERKIAL-KIAL
KERJA MUDAH
TAK DAPAT AKU SUDAHKAN
APA NI..?


AKU CEMBURU
MELIHAT DIA
DISAMPING MU
KU TELUSURI
MASIH JAUH
AKU PERLUKAN MU
BANTULAH AKU
BINA DIRI
PEKERTI MURNI
JUANG HABIS
BIAR MATI
KERANA AKU MAHU ENGKAU
DAN TAK MAHU
KETINGGALAN
INGIN BERLUMBA
KERJA LAPANGAN SEPERTI DIA
MUHAMMAD AMEEN
TAK MAHU JAUH
JAUH DARI DIA
MUHAMMAD AMEEN

3 Hidayah Utama Bawaan Rasulullah Muhammad



Disampaikan oleh Ustazah Arpah binti Abdul Wahab…(bekas pensyarah di UTM Skudai, Johor dalam bidang Tamadun Islam) sekarang pendakwah, penceramah bebas…di Kem Bina Taqwa bertempat di E.D.I Training Centre, Durian Tunggal, Melaka.

Ulasan dibuat oleh penulis berdasarkan pemahaman penulis. Maka dengan itu, haraplah sangat dapat dibetulkan apa yang salah jika perlu dibetul agar maklumat yang benar dapat sama-sama kita kecapi…

Muqaddimah (Awalan)

Perlu memahami apakah keadaan kota Makkah itu pada zaman era Jahiliyyah: kebodohan, kezaliman, yang lemah ditindas, wanita dinafsuserakahkan, anak-anak perempuan ditanam hidup-hidup tanpa diketahui apa salahnya kerana dianggap akan memberi malu pabila dewasa kelak, menyamun, merompak, membunuh, berzina, bertukar isteri, wanita bagai harta yang boleh dipusakai…dan pelbagai lagi yang tidak logik dek aqal yang waras sebagai insan kejadian istimewa dan tidak muat ditulis di sini juga tak sempat nak difikirkan kerana hebat betul kemaksiatan pada era Jahiliyyah itu.

Maka dalam keadaan orang Makkah pada itu yang telah lama bergelumang hidup dalam kehinaan, sebati dalam diri dan darah daging mereka sejak nenek moyang lagi berketurunan sudah, tiba-tiba datang satu ajaran yang sama sekali telah ‘bercanggah’ dengan amalan mereka selama hidup dalam Jahiliyyah…ajaran itu adalah yang menyelamatkan, mengamankan, iaitu ISLAM…

Islam ini dibawa Muhammad yang tak pernah pun pergi sekolah, tak pernah ke perpustakaan, universiti, ikut kuliah, tiada internet (sesuai dengan masa peredaran zaman pada zaman itu. Kita di masa perlu pada teknologi kemudahan internet untuk capai hasrat Islam sebenar, jangan salah anggap tulisan penulis) untuk belajar menulis dan membaca atau pandai berhujah dan bersyair tetapi beliau datang dengan satu sumber yang sahih lagi agung (universal attractor) iaitu kalimah Lailaha illallah…dengan sebab ini beliau telah didakwa pandai berkata-kata sihir.

Maka telah ramailah yang memeluk agama Islam bermula dengan Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abi Talib, Abu Bakar As Siddiq dan ramai lagi…maka apakah yang telah Muhammad ini lakukan pada orang Arab Makkah ini? Apakah Muhammad itu ada ilmu jampi-jampi pada mereka yang telah menganut Islam ini? Atau ada sebab-sebab lain?

Mari perhatikan…!

Hidayah Pertama

(1) Cinta Kebenaran (Hak, Haq), Benci Kesalahan (Kebatilan, Bathil)

Rasulullah Muhammad ini telah menanamkan dalam hati sahabat-sahabat baginda dengan sifat cintakan kebenaran yang membawa kepada kebaikan, sukakan amalan soleh, utamakan kesenangan bersama serta menyerapkan rasa benci, tidak menyukai, menghindari, rasa jijik buat perkara-perkara yang tidak menguntungkan diri dan menyusahkan orang lain. Bencikan kesalahan yang memang nyata salah. Iaitu menyembah berhala yang tidak bergerak malah tidak mampu berkata-kata dan ia juga dibuat oleh tangan si penyembah berhala semata. Rasulullah mengajar, memberitahu sahabat agar mencintai senantiasa akan kebenaran yang haq tanpa sesat iaitu hanya menyembah Tuhan yang satu iaitu Allah dalam ajaran Islam.

Maka pabila kita membicarakan cinta, apakah yang kita faham dengan cinta ini?

Pastinya kita di pelbagai peringkat umur punya fahaman tersendiri mengenai istilah cinta ini. Cinta ini dirasakan dari kecil hinggalah ke peringkat dewasa umur kita, malah di saat kita hendak mati pun akan kita merasai erti cinta ini. Maka sedari kecil kita telah merasakan apa itu cinta hinggalah sekarang hatta ketika sedang membaca artikel ini sekalipun kita juga sebenarnya sedang bercinta. Percaya atau tidak kita merasa cinta itu walau kita mentafsirkan kita tidak mendapat kasih sayang yang kurang. Maka perkataan kurang tadi bermakna kita telah merasa nikmat cinta itu walau sedikit cuma.

Kerana yang sedikit itu kita perlu tambah dengan sedikit lagi usaha agar benar-benar merasai nikmat hakiki cinta itu sendiri.

Maka penulis di sini mengupas semula apa yang disampaikan oleh penceramah kita tadi seperti nama di atas iaitu Ustazah Arpah, bahawa kita mesti mengamalkan erti cinta kepada rasa kasih pada mendekati sang pencipta kita, iaitu kebenaran yang bakal menguntungkan kita kelak walau jika tidak sekarang maka ia pasti akan datang juga kebenaran itu, rindu pada kebaikan bagai merasa rindu pada insan yang dikasihi, yang dinanti-nanti kedatangannya, walau dah berjam-jam menunggu dirumah, atau menunggu kepulangan suami dan anak-anak dari perantauan yang jauh entah di mana, atau mengharapkan datangnya bekalan makanan yang telah lama tak makan nasi…atau juga rindu untuk menanti merasa nikmat lagi dalam solat seperti sudah solat Subuh merasa tak cukup lagi dirasakan bahagia pada Subuh ingin pula dalam waktu Dzohor…kemudian waktu ‘Asar…seterusnya solat Maghrib dan ‘Isyak…ditambah pula dengan solat sunnah Qabliah & Ba’diah (sebelum & selepas) kerana merasa kurang dalam solat fardhu tadi.

Kebenaran dirindui, disukai, dikasihi…

Pabila berpisah dengan kebenaran, berasa kosong bagai hilang tujuan ke mana selepas ini ingin pergi?

Ada apa dengan cinta? Ada apa-apa kesan? Maka fikirkanlah!

Asas kebenaran adalah tauhid, mengEsakan Allah yang sedia satu tiada yang lain perlu dipuja dan disembah melainkan Dia yang selayaknNya.

Lawan tauhid itu ialah mulhid (bahasa sekarang atheis, tak beragama atau tak bertuhan), syirik (menduakan, menyekutukan Allah) juga kafir, kufur (ingkar perintah).

Syirik kepada Allah itu sangat besar dosanya kerana ia boleh terjadi dalam keadaan tidak sedar. Na’uzu billah. Moga dihindarkan.

Rasulullah itu tadi adalah sumber tauhid yang jelas (mubin). Maka rujuklah baginda. Bagaimana? Dengan menyemak, menyingkap kembali seerah Baginda yang telah lama kita tidak baca dan aplikasikan dalam segala gerak kerja kita. Jangan hanya mengenal personaliti di televisyen hingga lupa personaliti agung yang sememangnya dunya sekarang kurang paparkan iaitu Muhammad. Kita kadang-kadang minat selebriti realiti tv hingga tidak tahu sebab apa minat dengan selebriti. Ingatlah kejadian buruk dibumi ini sebenarnya berlaku kerana manusia lebih kenal akan selebriti atau penyanyi dari mengenali Nabi Muhammad. Ajaran Nabi itu pasti syurga jika diamalkan. Tapi jika taksub dengan penyanyi maka tunggulah azab Allah. Nau’zubillahimindzalik ia antara sebab dicepatkan bala dan qiamat. (Moga yang menulis ini paling terkesan, astaghfirullah)

Sesungguhnya, bencilah apa yang dilarang oleh Allah melalui RasulNya, Muhammad dan turutilah suruhan Allah melalui RasulNya juga. Tiada kompromi dalam mentaati Allah.

Hakikat kita mengEsakan Allah itu bukanlah semata mengucapkan, dan melafazkan kalimah Lailaha illallah sahaja bahkan ia sebenarnya lebih dari itu, iaitu dengan pembuktian dengan hati dan anggota badan.

Sudahkah kita membaca al Qur’an pada hari ini? Pagi ini? Tengahari ini bagaimana? Petang ini? Malam ini selepas makan tadi? Selepas solat tadi? Ada baca? Sebelum tidur? Faham tak?

Jika sudah baca, tanya pada diri kita adakah kita telah faham dan mengamalkan apa yang kita sepatutnya lakukan dari intipati al Qur’an itu sendiri? Atau hanya sekadar baca kemudian diletakkan semula kitab tadi ke tempat asal di mana kita mengambilnya sebelum baca tadi dan terus beredar tanpa apa-apa perancangan yang perlu kita rangka dalam penghayatan mesej atau maklumat yang terkandung dalam al Qur’an itu tadi?
Maka apakah taqwa kita telah terbina dan dibina setelah mengetahui kebenaran yang terpancar dari al Qur’an?

Tepuk dada tanyalah taqwa!

Taqwa itu apa?

Proses memperkukuhkan iman, dan yang lebih tepat lagi adalah khauf, iaitu rasa takut dan beramal dengan amalan yang menunjukkan kita takut atau reaksi takut jika kita melanggar peraturan Allah, tidak berbuat apa yang disuruh Allah, takut dihina dihadapan Allah kerana dibumi menyuruh orang lain berbuat kebaikan tetapi diri sendiri berbuat maksiat besar di belakang tabir. (Surah as Saff 61: 2)

Tinggalkan segala yang dilarang, yang dimarahi, yang dibenci Allah, SELURUHNYA dan buatlah apa yang disukai, dirindui, disayangi oleh Allah, SELURUHNYA.

Tauhid itu ada batas, maka jangan sampai kita syirik pada ALLAH. Segala yang HALAL itu WAJIB DIPISAHKAN DENGAN yang HARAM kerana telah jelas. Segala yang ragu-ragu dan was-was itu perlu dijauhkan kerana kita tak ada ilmu lagi untuk perkara yang sebegini. Perlu pada ilmu. Tanyalah pada yang mengetahui.

Taqwa itu perlu mendasari banyak perkara yang asas hinggalah pada perkara yang seni-seni. Setiap perkataan perlu dijaga bahasanya agar si pendengar tidak terasa hati, jangan diguna mulut untuk mengumpat berkata yang tidak baik, nista semata. Telinga itu jangan hanya mendengar kepada yang seronok, ringan untuk minda tapi perlu perkara maslahat ummah sejagat. Tangan atau kuasa pula wajib amanah kerana ia adalah yang paling berat untuk dijayakan serta banyak lagi perkara.

Mudah kata, perlu ‘adil dalam semua perkara walau hakikatnya kita manusia selalu pilih kasih tidak ‘adil. Namun itulah Allah itu wajib didekati sifat Maha ‘AdilNya supaya kita mendekati perbuatan ‘adil tadi. (taqarrub ila Allah)

Termasuklah perbuatan hati, iaitu lintasan hati yang selalunya susah dijaga hingga terkadang berasa sangsi terhadap perkara yang telah nyata benarnya serta sahih lagi terbukti tetapi hati terkadang menafikan tanpa sedar. Ada juga yang pernah menafikan kekuasaan Allah yang sudah jelas terpapar namun ia hanya sekadar dalam hati tetapi inilah yang dinamakan syirik iaitu syirik khafi atau syirik tersembunyi tanpa sedar berlaku dalam kehidupan seharian.

Janganlah jadi seperti golongan yang dilaknati Allah sehingga ada yang berkata: “Kami dengar dan kami ingkar”.

Hidayah Kedua

(2) Rasa ‘Izzah dengan ISLAM (Bangga dengan Islam)

Bangga, besar diri (bukan bongkak dan takabbur), mulia dan seronok gembira pabila lakukan amalan Islam semata kerana Allah.

Perasaan ini telah Rasulullah Muhammad itu tanamkan terlebih dahulu pada diri sahabat baginda di waktu awal kebangkitan Islam dikala waktu orang tak tahu lagi apa itu Islam. Baginda juga mahu kita di masa kini zaman serba canggih ini bangga dan seronok untuk melakukan kebaikan yang di saat ini agak sukar untuk kita laksanakan kerana telah ramai yang salah tafsir erti baik yang sebenar. Sesuatu yang baik tak boleh bercampur dengan yang buruk walau sebesar zarah sekalipun kerana racun setitik rosak susu sebelanga. Maka tak dapat nak minum susu sama-sama. Nikmat susu itu. Sedapnya tapi tak boleh diminum lagi. Kan sudah rugi.

Ada yang beranggapan nak buat baik jika terdapat sedikit unsur buruk tidak mengapa hinggalah matlamat telah menghalalkan cara pelaksanaan. Maka terjadilah konsert ‘amal (sudah lama bertapak), Akademi Fantasia, Malaysian Idol, American Idol, dan macam-macam lagi. Semua yang ditulis tadi sebenarnya pada idea awalnya adalah untuk mencari bakat kepimpinan yang bakal menerajui negara pada masa akan datang namun ada yang mencadangkan agar daya tarikannya diadakan hiburan, nyanyian, tarian, senggol-senggolan, cubit-cubitan, tampar-tamparan, peluk-pelukan di khalayak ramai yang sedia menerima apa sahaja dari peserta diminati dalam rancangan berkenaan hingga lupa diri telah melanggar batas atau had dalam pergaulan dan juga peminat telah menjadikan artis atau bintang tadi sebagai idola (sembahan ertinya dari segi bahasa) dan ikutan. Maka matlamat awal telah tersasar kerana hiburan yang melampau telah diselitkan secara tak terkawal dan keuntungan yang kelihatan agak memberangsangkan dan lebih menggalakkan duit yang masuk ke dalam poket telah terkeluar hingga tak cukup poket. Maka ada juga sembahannya telah berubah kepada mengejar kemewahan yang sementara tanpa menghiraukan mudarat yang telah dilakukan dalam acara tadi. Maka lebih dikasihi si polan bin atau binti si polan ini daripada mengasihi Rasulullah kerana ada yang telah lupa sujud menyembah Allah dan sanggup menjauhi keluarga sendiri untuk bersama di khalayak ramai bersama kawan-kawan untuk hadir dalam majlis yang gilang-gemilang, final Akademi Fantasia. Penulis tidaklah membangkang sepenuhnya acara ini tapi ianya perlu dikaji semula dari segi pelaksanaan dan kesannya pada masa jangka panjang, perlu berfikir ke hadapan, sekali-sekali perlu pandang ke belakang melihat siapa yang ada agar sedar kita di mana. Seharusnya di samping kritikan membina dari suara pitching, sesuai atau sesuai diri peserta dengan lagu yang dinyanyikan, perlu juga dinasihatkan agar menutup aurat samada lelaki atau wanita, juga disiplin berpakaian, bercakap semasa latihan juga sewaktu mempersembahkan lagu. Aspek solat atau pengamalan agama masing-masing juga perlu dijaga terutamanya yang beragama Islam dari aspek solatnya, pergaulan, tempat tidur asing, makan minumnya dan aspek masa depan kerjaya. Semua itu dari segi peserta yang menyertai acara tersebut.

Kita lihat impak kepada penonton yang berjuta ramainya di kaca televisyen, pendengar di radio, para hadirin secara langsung acara. Apakah yang kita hendak tonjolkan pada mereka? Apa yang boleh mereka ini pelajari daripada apa yang dilaksanakan dari acara di atas? Adakah hiburan semata? Keseronokan yang hanya sementara dirasa, kemudian balik tidur tanpa sujud pada tuhan masing-masing. Memang telah ramai beranggapan soal kerohanian ini telah menjadi tanggungjawab peribadi. Maka ia sangat sensitif dipersoalkan di khalayak ramai. Tapi ia beri kesan pada anak muda-mudi bangsa kita, umat Islam itu sendiri yang sebahagiannya telah diberi nama Ahmad tetapi hidup bagai Kasanova, Albert, John atau seperti yang bukan Islam walau dikenali namanya Islam.

Zaman sahabat ketika dahulu berebut-rebut nak memberi salam, berkejar untuk rebut saf barisan pertama dalam solat berjamaah, berebut buat kebaikan untuk semua tanpa abai tanggungjawab pada diri, keluarga, masyarakat, bangsa, etnik, negara, dan agama Islam. Mereka juga berhibur di kalangan mereka tetapi tidak melampaui batas yang ditetapkan. Sering bertanya iman, adakah ada bertambah dari iman dari hari sebelumnya kerana bimbang si rakan ini sudah jauh dari Allah? Soal iman bukanlah hal individu sebaliknya ia soal masa depan negara.

Jika hal pemilikan harta pusaka, isu pencemaran alam sekitar, isu pendidikan, rasuah, kewangan, permit, ajaran sesat, dan bermacam lagi dibincangkan dalam meja rundingan kedai kopi atau meja Dewan Rakyat, Dewan Negara juga di Parlimen di negara tercinta kita ini, Malaysia, apakah tidak boleh kita bincangkan bersama untuk kita sama-sama bertindak menyelesaikan permasalahan akhlak dan moral di kalangan ‘orang kita’ yang semakin tenat. Bincangkan dahulu kesannya. Jika nak makan dan minum untuk kesihatan masa tua kita jaga dalam keluarga, inikan pula masa depan anak bangsa yang juga keluarga kita takkan kita tolak ke tepi hingga macam tak wujud istilah kemandirian anak-anak itu tadi. Anak muda-mudi sekarang susah benar untuk kita dengar dari mulut ayat al Qur’an yang merdu lunak bila dialunkan. Memang Mawi itu merdu suaranya pabila dia berzanji, bernasyid, tapi di Akademi Fantasia dia tidak buat semua itu di khalayak ramai (alhamdulillah dia berjaya menggembirakan hati ayah dan bondanya, dia sebenarnya tidak tahu bahawa dia akan jadi sebegitu popular kerana gara-gara keuntungan semata). Mungkin tidak relevan. Tapi adakah di kalangan kita terfikir untuk menganjurkan pertandingan azan seperti AF pada khalayak ramai sedangkan yang datang melihat ramainya majoriti adalah umat Islam sendiri? Menderma dengan murah hati pun melalui sms (Short Message System) adalah Islam. Menderma hingga mencecah puluhan juta walhal duit itu boleh buat makan perut sendiri, atau didermakan, dinafkahkan pada yang lebih haq atau pada anak-anak yatim yang tidak berpendidikan, pelaburan ekonomi kendiri keluarga (perniagaan kecil-kecilan). Kenapakah isu yang sebegini besar tidak dikaji seperti isu lain. Apakah ‘keuntungan segera’ lebih baik dari ‘mudarat berpanjangan’. Muda-mudi dan golongan dewasa pada zaman mutakhir ini tidak lagi mahu atau sudah tidak bangga lagi untuk merasa diri sebagai seorang yang beragama Islam. Lebih bangga menggunakan nama fetty walau namanya Fatimah az Zahra, lebih suka dipanggil Zack walau namanya Zakaria, lebih gemar diteriak dengan gelaran Burn walau nama sebenar Abu Bakar. Apa? Nak kena bakar awal ke? Tidak lagi ‘izzah lagi dengan Islam. Apakah semacam ini patut kita abaikan? Nampaknya penulis terlebih di sini.

Jika dahulu, sebelum merdeka, golongan ibu ayah bercucuk tanam untuk masa depan anak mereka, bangsa mereka yang akan hidup selepas mereka mati tetapi sekarang ‘lepas diri sendiri sudahlah, orang yang kemudian lantaklah kau’…

Begitulah seriusnya atau runcingnya masalah ini pada kaca mata penulis.

Buatlah ‘amal kerana Allah.

Jangan hanya kerana cadangan yang macam sedap didengar telinga itu menghancurkan kehidupan sepanjang hayat di bumi dan di akhirat.

Sedikit kisah dari isteri Rasulullah, Khadijah, orang pertama yang berasa ‘izzah dan bangga dengan Islam. Dia berasa senang, mudah, gembira, seronok, tidak canggung, berasa kuat dan mulia pabila dipanggil untuk sama-sama mengembangkan Islam dan menegakkanNya di muka bumi ini.

Dia sanggup pajak gadaikan kejelitaan, jelitawannya, hartawannya, kebangsawanannya, kemewahannya semata hanya kerana Allah, bukan hanya kerana Rasulullah suruh tapi juga redha Allah lebih utama dari segalanya. Dia tak sayang kesenangan yang sementara untuk berada dalam kesusahan menegakkan Islam bagi mendapatkan kebahagiaan yang abadi.

Dalam hidup ini ada dua, 2 perahu sahaja iaitu perahu Islam dan perahu yang bukan Islam. Maka jika mahu dengan Islam, masukkanlah kedua-dua kaki ke dalam perahu. Jangan hanya sebelah sahaja. Takut jatuh dalam air dan terus lemas. Perahu kebenaran atau perahu kebatilan? Pilihlah!

Abu Bakar as Siddiq pula, adalah salah seorang sahabat baik Rasulullah yang mula-mula memeluk Islam. Beliau telah berkawan dengan Muhammad sejak sebelum Muhammad diangkat menjadi Rasul Allah lagi. Maka pada suatu hari bertanya Abu Bakar pada Muhammad: “Wahai sahabat! Ku lihat ada sesuatu yang besar dan berat terpapar pada wajahmu. Beritahulah aku agar aku dapat membantumu”. Ketika telah Muhammad itu menjadi Rasul. Maka jawab baginda: “Aku bimbang engkau tidak percaya”. Abu Bakar membalas: “Aku akan membenarkannya”. Maka Muhammad pun bercerita. Terus sahaja Abu Bakar berkata: “Aku membenarkan dan mengimaninya”. Dia bertanya pada Rasul: “apakah yang perlu aku lakukan setelah mengetahui kebenaran ini?”. Rasul menjawab: “berasalah ‘izzah (bangga) dengan Islam!”.

Maka bergegas Abu Bakar mahu umumkan kebenaran yang baru diterimanya tadi. Rasul menahannya kerana bimbang keselamatannya terancam. Maka dia berkata pada Muhammad sampai bila mahu merahsiakan. Rasul Muhammad itu benarkan dan Abu Bakar beritahu pada umum namun dia dibelasah. Rupanya susah nak buat baik ini. Perlu strategi rupanya. Itulah sedikit pengajaran dari kisah Abu Bakar.

Tapi rasa bangga Abu Bakar tinggi melangit, tak sabar-sabar nak perdengarkan kalimah Lailaha illallah pada telinga kawan yang baru dan belum mengenal erti kebenaran. Sebaliknya jika dibandingkan kita pada hari ini, sering tunduk dan tarik diri awal-awal untuk dipanggil buat kerja kebaikan mengajar al Qur’an (samada malas, tiada ilmu, takut dikata riyak, atau tiada ganjaran yang nyata), tampil memberi ceramah motivasi, ceramah Islam, isu semasa, atau buat kerja amal masyarakat. Semua ini golongan muda-mudi zaman ini agak terkebelakang jauh dari pandangan mata. Suka menyerah kalah pada keadaan bagai keadaan yang menentukan segalanya sedangkan diri sendiri punya kudrat iradat kurniaan tuhan yang tak ternilai harganya tapi tak diguna. Kufur nikmat. Salah guna nikmat. Nikmat muda sudah dizalimi, nikmat kelapangan telah dicabuli, nikmat kekayaan, dibazirkan, nikmat hidup, diletakkan diri dalam keadaan bangkai bernyawa. Busuk lagi hina. Mereka lebih kerap dilihat dalam video yang tidak sepatutnya mereka ada di dalamnya dengan berpakaian di atas sahaja tanpa pakaian di bawah, hingga terlihat berlaga mulut di tepi tasik tanpa seurat benang, mencucuk jarum yang punyai racun ke dalam badan, dan buang sesuatu yang dianggap sampah walhal yang dibuang itu bernyawa dari badannya sendiri. Mana asy Syafie, mana al Ghazali? Mana Khadijah, diganti Khaty? Mana Abu Bakar, diganti Burn? Apakah sistem kita yang silap atau kita sebagai pelaksana yang silap? Sistem itu tidak bergerak tetapi kita yang menggerakkannya!

Bina taqwa bukan hanya sehari dua tetapi ia perlu dijana, dicanaikan, diuli, diasah untuk menjadi kebiasaan seharian malah seumur hidup ini adalah perlu sentiasa dalam keadaan taqwa.

LangitNya kita junjung, bumiNya kita pijak, airNya kita minum, nasiNya kita telan, kunyah, suap dalam mulut. Maka semua ini siapa yang beri? Nikmat yang lima itu siapa yang kurnia?

Jawablah sendiri!

Pabila diberi nikmat, ucaplah alhamdulillah (segala puji hanya bagi ALLAH), nikmat bukan hanya yang senang dipanggil nikmat tetapi kesusahan itu juga sebenarnya adalah nikmat kerana dengan sebab adanya susah baru akan kenal erti senang. Adanya panas, baru kita mengenal rasa sejuk. Adanya lapar, baru kita tahu rasa kenyang. Ada lelaki, adanya wanita. Berpasangan nikmat tuhan itu. Subhanallah (Maha Suci Allah).

Hidayah Ketiga

(3) Kita Adalah Guru, Cikgu, Pensyarah, Ustaz, Ustazah, Professor, Doktor Falsafah, Doktor Persuratan dan yang sewaktu dengannya

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam juga menyatakan pada golongan sahabat supaya berasakan diri masing-masing adalah seorang guru, cikgu, pensyarah, ustaz, ustazah, professor, doktor falsafah, doktor persuratan dan lain-lain lagi.

Mereka yang tidak tahu akan kebenaran diberitahu agar memberitahu, menceritakan, membenarkan, menyalurkan, menyampaikan kebenaran, ketauhidan pada manusia lainnya bukan hanya murid di sekolah, bukan hanya peljar di universiti, pekerja-pekerja di firma-firma kerajaan malah lebih daripada itu, pada mereka yang tidak tahu ketauhidan tuhan yang satu. Mereka ini hakikatnya inginkan sesuatu yang mengisi ruang kosong di dalam hati tetapi golongan yang tahu tidak menyampaikan maka mereka ini terus sahaja dalam kesesatan.

Sesnugguhnya tugas menyampaikan kebenaran telah Allah firmankan dalam Surah al ‘Asr. Sampaikan kebenaran dan sampaikan kebenaran itu dengan kesabaran bukan dengan cara yang rugi. Maka sampaikan pada si mulhid (atheis tidak beragama), pada kafir (ingkar perintah Allah terang-terangan), pada si pakcik yang di dalam kampung orang asli misalnya atau pada sesiapa sahaja yang tidak tahu akan Islam.

Jika telah dilaksanakan tugas sebagai cikgu, pensyarah, guru, ustaz, ustazah, professor atau dengan apa jua kedudukan sekalipun maka tidak ada alasan untuk kita bertengkar, berbantah di hadapan Allah di hari akhirat kelak. Perkara ini Allah sebut dalam al Qur’an.

Kita yang sedia faham akan kebenaran mesti menerangkan kerana mereka yang tidak faham ini sebenarnya tidak terang dan tidak jelas. Kitalah penerang jalan yang gelap.

‘Cikgu’ ini tidak semestinya menerangkan, mengajar hanya di tempat formal malah di tempat kunjungan awam seperti di dalam rumah sendiri, perhentian bas, kedai makan, bank-bank dengan cara yang terbaik sekali.

Pada tiap-tiap jalan di dunia ini pasti ada manusia yang inginkan kebenaran (haq, seperti dalam Surah al ‘Asr) walu mereka ini tidak bercakap dengan mulutnya tetapi hati mereka PASTI...MAHU ALLAH...sekalipun dia kafir atau mulhid.

JADILAH ‘CIKGU’ YANG INI.

Tapi jangan mengharap orang diberitahu itu akan menerima serta-merta kerana jika dia tidak menerima pada awalnya mungkin dia mengalami beberapa kejutan maklumat atau dia menganggap kebenaran sesuatu yang cuba menerjah masuk dalam kehidupan jahiliyyahnya sebelum ini. (jangkakan masa lengah, setiap perkara ada tindakbalas respon balikan, prinsip pasangan benda makhluk kejadian di semesta ini begitulah ia bertindak)

Maka kita punya usaha, Allah punya hidayah.

Tapi wajib usaha, jangan tidak usaha. Jika tidak hari si pendengar itu berubah menjadi golongan yang diredhai Allah ( pastikan kita berada pada jalan yang ‘lurus’ dahulu) mungkin esok dia berubah, mungkin 2 minggu depan, 2 tahun lagi, atau 20 tahun, atau paling lewat pun di akhirat nanti kita terjumpa dia yang menolak pada awalnya kini di akhirat dia yang paling mulia.

Doa untuk semua baik.

Rujukan tambahan Surah at Taubah: ayat 100.

Persoalan:

Mengapakah kita tak dapat hidayah walau telah lama baca al Qur’an, amal sunnah?
>tanyakan pada diri apakah sudah kita cuba fahamkan isi bacaan kita itu? (walau kita hakikatnya tidak tahu bahasa Arab).
>tanyakan pada diri apakah kita hanya membaca tanpa menghayati? Adakah jika dah hayati, semua kita lakukan kerana Allah.
>mata, hati, tangan, mulut, hidung, telinga, telah dekat dengan zina maka adakah akan dapat hidayah dari Allah?

Huraian seterusnya boleh rujuk pada yang lebih mengetahui.

Tambahan di masa kini Malaysia yang dikatakan teraju utama OIC tapi hakikatnya kita sibuk dengan hiburan dan kemewahan tanpa ingat lagi tugas kita bahawa Palestin, al Aqsa yang patut kita ambil semula diabaikan. Ingatlah pesan Rasulullah bahawa dajal telah ciptakan syurga pada mata kita yang pada hakikatnya ia adalah neraka. Janganlah dekati neraka. Jangan jadi ahli neraka. Na’uzubillah.

Penulis
Mohammad Fauzan bin Md Ibrahim (ejanfauzan2003@yahoo.com)
Fakulti Kejuruteraan Pembuatan
Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM)
Kem BINA TAQWA, E.D.I. Training Centre, Durian Tunggal Melaka.
14082005

O You Who Sin!


SIN?

O you who sin! Do not feel immune to punishment for your sins, for such attitude is a greater sin than the original one. When you do not feel ashamed for yourselves before the two guardian angels who are situated at your right & left sides, that too is a more awesome sin than the original one. To laugh after committing a sin, not knowing what punishment is awaiting you is a more ominuos sin as well. To feel excited about what you have gained by committing your sin is yet a greater sin. To feel sorrow for missing an opportunity to gain the forbidden fruit of a sin, is again a greater sin. To feel apprehensive, or afraid, when the wind blows against your window curtains, in fear of being exposed, is yet a greater sin, and when your heart does not shiver, and dismisses the knowledge that you are never away, not even for a fraction of a second, from the sight of Allah, the Lord of majesty and glory-that is yet a more awesome sin....- Abdullah bin 'Abbas

Wahai diri yang melakukan dosa! Janganlah rasa terhindar dari seksaan dosamu itu, kerana tabiatmu itu adalah lebih besar dosanya daripada dosa asal. Apabila kamu tidak rasa malu dengan dua malaikat penjaga yang berada di kanan & kirimu, itu adalah dosa yang lebih teruk daripada asal. Ketawa selepas membuat dosa, tidak mengetahui seksaan yang bakal tiba adalah jauh lebih parah dosanya juga. Rasa gembira atas apa yang kamu peroleh daripada melakukan dosamu itu, adalah lebih besar dosanya. Rasa sedih kerana hilangnya peluang mendapat pulangan atau hasil daripada dosa yang dibuat, juga dosa yang lebih besar. Rasa tertekan atau takut, apabila angin bertiup pada langsir jendelamu, kerana takut terdedah apa yang kamu lakukan, adalah dosa yang lebih besar dan apabila hati tidak bergetar, dan mengabaikan ilmu yang kamu tidak pernah lekang darinya, walaupun hanya sebahagian saat yang kamu ada, daripada sisi pandangan Allah, Tuhan yang berkuasa dan besar- itu adalah dosa yang lebih teruk dan besar dosanya.




Abdullah ibn Abbas