Khamis, Mac 29, 2007

....PESAN YANG TERAKHIR....siri # 12


WAHAI MANUSIA...
fahamilah kata-kataku ini wahai manusia
sesungguhnya telah kusampaikan dan kutinggalkan kepada kalian,
KITAB ALLAH DAN SUNNAH RASULNYA

berpeganglah kepada kedua-duanya,
tidak ada ketiganya
dan inilah jaminan
buat pedoman perjalanan penuh kejayaan
sepanjang zaman


WAHAI RASULULLAH.. .
BENAR TELAH KAU SAMPAIKAN... .

wahai manusia..
jangan dipekakkan telinga
jangan dibutakan mata
jangan dimatikan hati

SESUNGGUHNYA TELAH RASULLAH SAMPAIKAN!!!

------------ --------- --------- --------- ------

.:peringatan buat semua yang masih hidup:.
sempena memperingati 12 Rabi'ulawal, tarikh pemergian insan agung yang dirindui sepanjang zaman

JK TPSM KNL 07

....PESAN YANG TERAKHIR....siri # 11


WAHAI MANUSIA...
bertaqwalah kepada ALLAH dalam isu wanita,
mereka adalah AMANAH ALLAH kepadamu

wahai seluruh muslimin
di mana pun kamu berada
di zaman apapun kamu hidup
berlaku baiklah terhadap wanita
hormatilah hak dan kehormatan mereka

sesungguhnya benar ya Rasulullah
mereka adalah amanah ALLAH




WAHAI RASULULLAH.. .
BENAR TELAH KAU SAMPAIKAN... .

wahai manusia..
jangan dipekakkan telinga
jangan dibutakan mata
jangan dimatikan hati

SESUNGGUHNYA TELAH RASULLAH SAMPAIKAN!!!

----------- --------- --------- --------- ------

.:peringatan buat semua yang masih hidup:.
sempena memperingati 12 Rabi'ulawal, tarikh pemergian insan agung yang dirindui sepanjang zaman
JK TPSM KNL 07

....PESAN YANG TERAKHIR....siri # 10



WAHAI MANUSIA...
maka siapakah di antara kita
yang mahu menyelongkar kembali bangkai busuk itu
lalu dirangkul, dipeluk cium dan didakap???

sesungguhnya telah diisytiharkan
kepada dunia seluruhnya
agar tercatat ke pendengaran generasi berkurun berikutnya
bahawa kotoran najis itu
telah ditolaktanamkan
dalam perut bumi
di bawah tapak kaki

sesungguhnya tidak ada yang lebih sesat
daripada mereka yang sengaja menggali kembali
bangkai yang telah lama ditanam itu
dan disangkakan itulah kemajuan berfikir!

WAHAI RASULULLAH.. .
BENAR TELAH KAU SAMPAIKAN... .

wahai manusia..
jangan dipekakkan telinga
jangan dibutakan mata
jangan dimatikan hati

SESUNGGUHNYA TELAH RASULLAH SAMPAIKAN!!!

------------ --------- --------- --------- ------

.:peringatan buat semua yang masih hidup:.
sempena memperingati 12 Rabi'ulawal, tarikh pemergian insan agung yang dirindui sepanjang zaman

JK TPSM KNL 07

....PESAN YANG TERAKHIR....siri # 9


WAHAI MANUSIA...
"Tidakkah segala-gala perkara Jahiliyah sudah diletakkan di bawah tapak kakiku? Ketahuilah! Pertumpahan darah secara jahiliyah dan riba jahiliyah telah dihapuskan!!"

benar wahai kekasih Allah yang kami rindui,
bahawa Asabiyah, perkauman dan persukuan,
kebanggaan dengan perbezaan bahasa dan bangsa,
perhambaan manusia dengan kekejaman,
dan setiap perkara yang pernah dibanggakan jahiliyah,
dari pangkal hingga ke hujung rantingnya,
telah dihumbankambuskan ke perut bumi,
dengan tertegaknya syariat Allah

dan akhirnya ia menjadi
tempat pijakan kaki manusia
kerana benar katamu ya Rasulullah!
ia kotor dan menjijikkan!


WAHAI RASULULLAH.. .
BENAR TELAH KAU SAMPAIKAN... .

wahai manusia..
jangan dipekakkan telinga
jangan dibutakan mata
jangan dimatikan hati

SESUNGGUHNYA TELAH RASULLAH SAMPAIKAN!!!

------------ --------- --------- --------- ------

.:peringatan buat semua yang masih hidup:.
sempena memperingati 12 Rabi'ulawal, tarikh pemergian insan agung yang dirindui sepanjang zaman

JK TPSM KNL 07

Rabu, Mac 28, 2007

....PESAN YANG TERAKHIR....siri # 8


WAHAI MANUSIA...
sesungguhnya Tuhan kamu hanya SATU,
bapa kamu juga SATU,
semua kamu berasal daripada Nabi Adam
dan Nabi Adam diciptakan daripada tanah,
orang yang PALING MULIA di sisi Allah,
ialah orang yang PALING BERTAQWA

tiada kelebihan orang Arab ke atas yang lain
melainkan dengan TIMBANGAN TAQWA...

WAHAI RASULULLAH.. .
BENAR TELAH KAU SAMPAIKAN... .

wahai manusia..
jangan dipekakkan telinga
jangan dibutakan mata
jangan dimatikan hati

SESUNGGUHNYA TELAH RASULULLAH SAMPAIKAN!!!

------------ --------- --------- --------- ------

.:peringatan buat semua yang masih hidup:.
sempena memperingati 12 Rabi'ulawal, tarikh pemergian insan agung yang dirindui sepanjang zaman

JK TPSM KNL 07

....PESAN YANG TERAKHIR....siri # 7


BAHKAN DIULANG SEKALI LAGI DI AKHIR KHUTBAH INI..
tanda PENTINGANYA pesanan ini..

wahai manusia..
sesungguhnya telah kamu ketahui
bahawa setiap Muslim
adalah saudara kepada Muslim yang lain
dan semua Muslim adalah bersaudara

Harta saudaranya
tidak halal digunakan oleh sesiapapun
kecuali dengan kerelaan hatinya

APAKAH TELAH AKU SAMPAIKAN?

YA ALLAH...
SAKSIKANLAH! !

wahai manusia
selepas kewafatanku, janganlah kamu kembali kepada kekufuran
yang menyebabkan kamu berperang sesama sendiri


WAHAI RASULULLAH.. .
BENAR TELAH KAU SAMPAIKAN... .


wahai manusia..
jangan dipekakkan telinga
jangan dibutakan mata
jangan dimatikan hati

SESUNGGUHNYA TELAH RASULULLAH SAMPAIKAN!!!

------------ --------- --------- --------- ------

.:peringatan buat semua yang masih hidup:.
sempena memperingati 12 Rabi'ulawal, tarikh pemergian insan agung yang dirindui sepanjang zaman

JK TPSM KNL 07

....PESAN YANG TERAKHIR....siri # 6


WAHAI MANUSIA...
sesungguhnya darah dan harta bendamu diharamkan ke atas kamu mencorobohinya sehingga kamu bertemu dengan Tuhanmu...


SUBHANALLAH! !! ALANGKAH INDAHNYA!!!
pandangan dan pesanan yang melangkaui tempat dan zaman,
seakan baginda diilhamkan,
dasyatnya keruntuhan iman zaman mendatang,
hilang pedoman...
hilang obor penyuluh jalan

lihat saja hari ini
darah manusia murah
tumpah tiada harga
hilang sifat manusia hamba
hak dan harta
diseleweng sesuka rasa

WAHAI RASULULLAH.. .
BENAR TELAH KAU SAMPAIKAN... .

wahai manusia..
jangan dipekakkan telinga
jangan dibutakan mata
jangan dimatikan hati

SESUNGGUHNYA TELAH RASULULLAH SAMPAIKAN!!!

------------ --------- --------- --------- ------

.:peringatan buat semua yang masih hidup:.
sempena memperingati 12 Rabi'ulawal, tarikh pemergian insan agung yang dirindui sepanjang zaman

JK TPSM KNL 07

....PESAN YANG TERAKHIR....siri # 5


BERGERAKLAH KE HADAPAN SAUDARAKU!!!

kita langkaui retorik tema, sepanduk dan perarakan saban tahun..
yang kosong tak berisi
Kita hayati Quran & Sunnah
panduan warisan agung teladan sepanjang zaman
sehingga seluruh diri HIDUP DENGANNYA!!!

kita RENUNGI PESANAN TERAKHIR YANG SUNGGUH INDAH
suara gema di 'Arafah
yang membasahi bumi hati ratusan ribu manusia T-T
sejauh mata memandang di segenap arah
kita renungi sedalam-dalamnya
PESANAN YANG TERAKHIR....

------------ --------- --------- --------- ------

.:peringatan buat semua yang masih hidup:.
sempena memperingati 12 Rabi'ulawal, tarikh pemergian insan agung yang dirindui sepanjang zaman

JK TPSM KNL 07

....PESAN YANG TERAKHIR....siri # 4


12 RABI'ULAWWAL

ia bukan sekadar tarikh kelahiran insan agung idola sepanjang zaman...

bahkan ia juga sebuah tarikh kewafatan...

tanda dunia ditinggalkan insan agung yang akan DIRINDU SEPANJANG ZAMAN

------------ --------- --------- --------- ------

.:peringatan buat semua yang masih hidup:.
sempena memperingati 12 Rabi'ulawal, tarikh pemergian insan agung yang dirindui sepanjang zaman

JK TPSM KNL 07

....PESAN YANG TERAKHIR....siri # 3


Demi ALLAH, alangkah indahnya kata-kata yang disampaikan Rasulullah (s.a.w) di padang Arafah, hingga menjadi bahan khutbah dan ceramah terus menerus oleh generasi demi generasi kemudiannya. ...

itulah kata-kata indah yang diucapkan setelah selesai menunaikan amanah kepada ummat, seelah berjuang di jalan dakwah kepada Tuhannya selama 23 tahun tanpa jemu dan tanpa menghiraukan penat lelah...

Demi ALLAH..alangkah bahagianya saat itu!!

saat berhimpunnya ratusan ribu manusia di sekeliling baginda, berkumpul dengan keadaan tunduk patuh, setelah sebelumnya berpuak-puak dan saling bermusuhan.. .

pada hari itu...ratusan ribu manusia memenuhi tanah rata Arafah sejauh mata memandang di segenap arah...

~catatan muhammad said ramadhan al-buti~
------------ --------- --------- --------- ------


.:peringatan buat semua yang masih hidup:.
sempena memperingati 12 Rabi'ulawal, tarikh pemergian insan agung yang dirindui sepanjang zaman
JK TPSM KNL 07

....PESAN YANG TERAKHIR....siri # 2


"kalau kamu ditanyakan mengenai aku di hari Qiyamat kelak...maka apakah yang akan kamu katakan?"

mereka menjawab: "KAMI BERSAKSI, sesungguhnya telah kau sampaikan, telah kau tunaikan dan telah kau nasihatkan "

"(nasyhadu annaka qad ballaghta waaddaita wanasahta)"

"Ya Allah...Saksikanlah !!! Saksikanlah! !! Saksikanlah. ..."


------------ --------- --------- --------- ------

.:peringatan buat semua yang masih hidup:.
sempena memperingati 12 Rabi'ulawal, tarikh pemergian insan agung yang dirindui sepanjang zaman
JK TPSM KNL 07

....PESAN YANG TERAKHIR....siri # 1


"wahai manusia...dengarkan lah kata-kataku ini..sesungguhnya aku tidak tahu apakah aku boleh bertemu lagi dengan kalian selepas tahun ini, di tempat ini, buat selama-lamanya. .. "

.:peringatan buat semua yang masih hidup:.
sempena memperingati 12 Rabi'ulawal, tarikh pemergian insan agung yang dirindui sepanjang zaman
JK TPSM KNL 07

Selasa, Mac 27, 2007

GAMBAR PAMERAN TAMADUN ISLAM DI KLCC

Di Depan Pintu Masuk KLCC Convention Centre

(Ismail mu Nanti la)

Senapang Muslim Yang Ringkas

Beramai-ramai

Ismail Rashid

Alat Pengepam Air Berkuasa Hidraulik (canggih kan)
Alat Bedah & Hospitaliti

Lok Pintu Menggunakan Sistem 4 bolt

Alat Perang Penembak Lembing Jarak Jauh

Alat penyuling Minyak Wangi

Anak Siapa Mereka ni?
Ismail Rashid & Serikandinya (ramai kan)

alat pemanah

Sesi Ambil Gambar Setelah Letih Berjaulah Dalam Pameran

Posing Cari Makan

Serikandi Muslim Sedang Bersarapan Pagi Di Hentian Rehat & Rawat

Rabu, Mac 21, 2007

Senyumlah Fauzan =) Susahnya =)

SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan.

SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.

SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.

"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.

SENYUM adalah jambatan persahabatan.

SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.

SENYUM harus ada ketululusan.

SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Bayangkanlah!!!

"SENYUM" juga adalah malaikat rahmat yang turun ke dunia.Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan.Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita. Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekaligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas .... kenapa kita tidak mulakan ? Mulakan dengan diri kita.

SENYUMlah kepada orang yang tidak anda kenali hari ini. Insya-Allah dia akan membalas SENYUMan anda itu.Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah.

SENYUMlah seperti kucing dalam iklan F&N.

gambar

Masjid al Aqsa

Setiap Sesuatu Ada Ukurannya

Jangan Iktiraf Zionis, Halau Mereka

Bantu Palestin Walau Sedikit RM1

Boikot Israel Melalui Barangan Mereka
Cover Muslimah

Rekaan Manjanik



Kawan-kawan Muslimah InsyaAllah







Selasa, Mac 20, 2007

Perkongsian Softskills K-siasah(Mind mapping)





Assalamumu'alaykum Warahmatullah,
Untuk sesiapa yang dah pernah belajar,
ianya lebih kurang sama.

Mindmapping membolehkan kita untuk melihat keseluruhan bab (mungkin 20 m/s) dalam 1 mukasurat je.
so,kita tak perlu spend masa berulang kali untuk baca 20 m/s tu lagi.
Just view mindmap yang telah kita buat je.(Tapi kalau tak paham,bukalah buku balik ye..)
Untuk memastikan ilmu tu melekat dalam otak kita,reviewla mind map tu
selalu(5-10 min each time)
cuma selain untuk buat nota,
maidmapping boleh digunakan untuk Brainstorming dan untuk menyelesaikan masalah.
bila brainstrom guna mindmap,
kita akan nampak secara keseluruhan, untuk ter'mis' anything adalah sangat nipis.
bolehlah digunakan untuk buat draf meeting/perancangan usrah(ermm?? )
Manfaatkanlah ilmu mindmapping ni
Sesungguhnya Kewajipan kita lebih banyak dari masa
Orang lain belajar satu bab for 3 hours,
Dengan guna mindmap,mungkin kita boleh belajar bab yang sama dalam 1 hour
je..InsyaAllah

.:: Selamat mengoptimakan Masa Anda dengan Mindmapping: :.


The Longing of the Society of the Ignorant:

Wanting to Live in This World Forever

Message:
The society of the ignorant is made up of people dominated by an idea revealed in the Qur’an in the words “They do not measure Allah with His true measure…” (Surat al-An‘am,91) and “made Him into something to cast disdainfully behind your backs”(Surah Hud, 92).

Although some members of that society like to regard themselves as civilized, their failure to properly appreciate Allah and to accept and believe in the Hereafter and their unwillingness to think about and understand the purpose behind their own creation actually make them ignorant.

In addition to the members of that society having a great many logical misconceptions, another of their distinguishing features is they way they plan their lives as if they will never die. Say: ‘Death, from which you are fleeing, will certainly catch up with you.
Then you will be returned to the Knower of the Unseen and the Visible and He will inform you about what you did.’ (Surat-al-Jumu‘a, 8)
In the society of the ignorant death is a matter that everyone knows about but that nobody speaks of or even wishes to mention.

Almost all plans are made by ignoring death. Since all plans are made without bearing death in mind it is regarded as bad form even to speak of that inevitable end.

Ignoring the fact of death is just one of the distorted perspectives held by members of the society of the ignorant on a great many matters.

Since everyone must eventually die, as stipulated in the Qur’an in the words “Every self will taste death.”(Surah Al ‘Imran,185), a life planned and lived without including death in one’s calculations is of course one built on a major error.
This is a truth that everyone can easily see with a little sincere reflection. Do We Think about These Things?

* How our Lord blessed you by creating you from nothing, how every human being will live until the appointed time and will inevitably die, and how refusal to think about death represents no escape from it,

* How Our Lord’s promise to resurrect people after death has been revealed in hundreds of verses of the Qur’an and how Allah will certainly keep that promise,

* How death is not the end, but a gateway to the Hereafter and eternal life? It is obvious that when all these things are borne in mind, fear of death is meaningless. There is no point in fearing death, since nobody has ever been able to avoid it, andnobody ever will… When that moment, which is set out in the destinies of all human beings, arrives, they will inevitably die, and no matter what they do they will be unable to prolong their lives by even a minute.

It is also revealed in the Qur’an that those who fear death will never be able to escape it:…They are concealing things inside themselves which they do not disclose to you, saying, ‘If we had only had asay in the affair, none of us would have been killed here in this place.’Say, ‘Even if you had been inside your homes, those people for whom killing was decreed would have gone out to their place of death… (SurahAl ‘Imran, 154)

Death is a doorway leading to the Hereafter.

Yet this door is also one of glad tidings opening onto happiness and salvation for those who lead their lives in a manner compatible with Allah’s approval.

For those with no faith in Allah, however, death is the beginning of certain ruin and disaster that will last for all time. Our Lord has revealed in the Qur’an how the repentance of those who forget Him and live as if they will never die will be meaningless:

There is no repentance for people who persist in doing evil until death comes to them and who then say, ‘Now Irepent,’ nor for people who died is believers. We have prepared for them a painful punishment. (Surat-an-Nisa, 18)

Selasa, Mac 13, 2007

Apa Erti Saya Menganut Islam?



Assalamualaikum

Apa khabar semua pembaca?

di atas ada sedikit soalan yang penting untuk kita jawab bersama...! Andai lazimnya masyarakat menamakan anaknya Siti, itu dipandangan masyarakat sudah menampakkan Islam. Begitu juga jika diberikan anak lelaki nama Johari misalnya, turut dianggap Islam. Tapi betulkah hanya melihat nama seseorang kita boleh 100% menganggap orang tersebut Islam.

Adakah Islam itu dilihat pada namanya sahaja? Adakah David itu bukan Islam? Persoalan utama di sini bukanlah namanya tetapi amalannya, tingkah lakunya, adabnya, akhlaknya, fikiran, kerjanya seseorang itu yang melambangkan keIslaman diri.

Adakah seseorang yang bernama David tetapi berperangai dengan Muslim, beriktiqad bahawa Allah itu Tuhannya, Islam itu cara hidupnya, dia kita boleh ketepikan dari golongan Muslim?

Tentu tidak sama sekali. Islam bukan hanya pada nama tetapi merangkumi seluruh genap kehidupan individu itu sendiri.

Ana ada mengenali ramai yang mengekalkan nama lama mereka walaupun kini telah lama bekerja untuk Islam. Diantara mereka ialah Brother Shahkirit Kakulal Govindji, Brother Lim Jooi Soon, Brother Nicholas Sylvester, Brother Ann Wan Seng.

Mereka punyai nama yang baik contohnya Brother Lim Jooi Soon namanya bermaksud Marilah Menuju Kejayaan atau dalam bahasa Arabnya "Hayya 'alal Falah"

Ini sebahagian penjelasan kepada salah faham yang harus kita faham dari sudut pemahaman erti menganut Islam...

Mungkin belum mencapai maksud tajuk diatas tetapi jika ingin terperinci klik pada tajuk untuk maklumat lanjut

Selasa, Mac 06, 2007

DIGITAL AL QURAN =)


ASSALAMUALAIKUM =)

DIGITAL AL QURAN NOW AVAILABLE @ this click here for purchasing

wallahualam =)

Sabtu, Mac 03, 2007

Ayat 34 Surah Ibrahim





Assalamualaikum

Dalam meneliti ada mengikuti tazkirah sahabat, Hafiz UTeM dalam melihat isi kandungan tersirat ayat ini...

wallahualam...kami saling melihat bersama beberapa kawan lain apakah signifikan ayat ini secara kritikal walau hanya untuk seketika

Hafiz membawa tajuk tazkirahnya iaitu Perbendaharaan Allah.

Di sini, ada diterangkan Allah itu Maha Pemberi, Maha Kaya, Maha Bijaksana, Maha Berkuasa...

Perbezaan sifat Pemberi Allah iaitu sifat pemberi Tuhan dengan sifat Pemberi kita sebagai manusia agak berbeza malah sangat jauh sekali...

Allah memberi kepada sesiapa yang disukai & yang Dia kehendaki

Tetapi manusia tidak...mereka hanya memberi hanya pada yang berkenaan, yang dekat, yang berbuat baik pada diri mereka sahaja, contohnya keluarga, kawan, guru....terbatas.

wallahualam

sama-samalah difikirkan

menulis



Assalamualaikum

di sini hanya ingin menyampaikan bahawa kita ada kuasa menulis yang agak unik untuk memahami sesuatu baik dalam proses pembelajaran di institusi pengajian mahupun dalam proses menyampaikan maklumat

wallahualam