Jumaat, April 20, 2007

Sajak Kesedaran


Wahai Pemuda Pemudi
Harapan Bangsa Tiang Negeri

Jangan Leka Berhias Diri (dengan)
'Amal 'Ibadat Segera Dicari
Kepada Allah Jangan Berhenti
Menjunjung Titah Berbuat Bakti
Dosa Maksiat Jangan Kita Campuri
Terbakar Kulit Dijilat Api

Ingat Kita Kepada Tuhan
Jangan Leka Minum dan Makan
'Amal 'Ibadat Kumpul Kumpulkan
Dosa Maksiat Jauh-jauhkan

Bila Tiba Insafnya Diri
Kain Putih Pembalut Badan
Tinggal Semua yang Kita Cintai
Berbakti Hidup Sepanjang Zaman

Tua Muda Miskin dan Kaya
Habis Sudah Meninggal Dunia
Di Dalam Kubur Tempatnya Dia
Sakit dan Senang Kembali 'Amalnya

Bila Tiba Ajalnya Mati
Tinggal Anak, Saudara dan Saudari
Air Mata Mengalir ke Pipi
Tidak Boleh Minta Kembali

Bila Tiba ke Liang Lahad
Baru Nak Ingat Buat 'Ibadat
Sodaqoh Puasa Solat dan Zakat
Tapi Semuanya Sudah Terlambat

: Maksud ayat Al Quran dalam Surah Asy Syu'araa' Allah Taala Mencerca orang yang petah dalam bersajak dan bersyair yang meleka dan melalaikan pendengaran dari mengingati Allah dan negeri akhirat tetapi Allah Taala memuji seseorang penyajak dan penyair yang membawa pendengar supaya mengenang mati serta bertaqwa kepada Allah

begitu juga dengan penyanyi yang mendendangkan kata syair/sajak...penyanyi juga termasuk dalam golongan penyair & penyajak

Sabtu, April 14, 2007

Surah Al Fatihah

Bismillahir Rohmanir Rohim...
Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Alhamdulillahi Robbil 'Alamin...
Segala Puji bagi Tuhan (Pemilik) Sekalian 'Alam

Ar Rohmanir Rohim...
Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Maliki Yaumiddin...
Raja (Penguasa) Hari Qiamat (Hari Akhirat)

Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nas ta'in...
Hanya Kepada Engkau Ya Allah Kami Meminta Pertolongan (Tempat Mengadu)

Ihdinas Sirotol Mustaqim...
Tunjukilah Kami Jalan Yang 'Lurus'

Sirotol Lazina An'amta 'Alaihim, Ghoiril Maghdubi 'Alaihim walad Dhollin...
Jalan yang Kurniakan Kepada 'Mereka' (yang terdahulu), BUKAN (jalan) Mereka yang telah Engkau Murkai, bukan juga (jalan) Mereka yang telah Engkau Sesatkan

Khamis, April 05, 2007

Dr Kamal

nie ada website dr kamal [Ex - Spokesman of Muslim Brotherhood in the West and Ex - Adviser to the Mujahedeen Leadership of Afghanistan, etc], baru disiapkan.

http://www.khelbawy.com/

dia byk kasi talks and boleh download di website nie... cumanya most of his handouts in summary form.

Rabu, April 04, 2007

SEMINAR KECEMERLANGAN WANITA ISLAM

(MENANGANI ISU-ISU WANITA ISLAM-SMIWI)

Tema: SURVIVAL WANITA DI KOTA METROPOLITAN
Tarikh: 15 APRIL 2007 (AHAD)
Tempat: MASJID SALEHUDDIN AL-AYYUBI, TAMANMELATI, KUALA LUMPUR
Anjuran: WANITA JIM KUALA LUMPUR

Dengan kerjasama JABATAN AGAMA ISLAMWILAYAH PERSEKUTUAN (JAWI)

TERBUKA KEPADA SEMUA

DAN

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

Objektif Umum

Memupuk kesedaran di kalangan wanita untuk memartabatkan maruah mereka sebagai golongan yang mulia di sisi Islam.

Objektif Khusus

Meningkatkan kewibawaan peribadi serta melahirkan wanita yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia. Memberi panduan bagaimana wanita Islam berupaya menangani tekanan hidupdi kota. Menangani gejala-gejala yang memusnahkan jatidiri wanita.

Untuk pendaftaran sila hubungi :

Ustazah Nor Dalilah Zakaria - Tel: 03-22749333 ext 361

Faridah Maludin - Hp : 019-288 2171,
email :fmkci@streamyx. com

Umi Kalthom Hassan - Hp: 012-617 0308,
email: umihassan@yahoo. com

Ruzaimah Ibrahim - Hp: 013-340 6402,
email: hasmah8@tm.net. my



ATURCARA PROGRAM (TENTATIF)


8.30 pg : Pendaftaran
8.45 : Ketibaan Tetamu Jemputan
9.00 : Ucapan aluan oleh Pengerusi Majlis dan Bacaan Doa
9.10 : Ucapan Perasmian oleh Ustaz Abdul Nasser bin Ahmad
Ketua Penolong Pengarah, Bhg Dakwah JAWI
9.30 : Bicara 1 : Realiti Kehidupan Wanita Di Kota
Profesor Madya Dr. Hjh Harlina Halizah Hj Siraj
Ketua Wanita JIM Pusat dan Pakar Sakit Puan HUKM
10.30 : Minum pagi
11.00 : Bicara 2 : Keistimewaan Wanita Islam Sebagai Umat Nabi Muhammad
Ustazah Maznah Daud,
Bekas Prof. Madya, Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM
Shah Alam
12.00 : Bicara 3: Kesihatan Mental Wanita Metropolitan
Profesor Dr. Mohamed Hatta Shaharom
Naib Presiden Kanan dan Pakar Psikiatri Kolej Universiti Sains Perubatan
Cyberjaya
1.20 : Solat Zohor dan makan tengahari
2.30 : FORUM - Kehidupan Wanita Metropolitan : Antara Impian, Realiti Dan Cabaran
Ahli Panel:
1. Profesor Madya Dr. Hjh Harlina Halizah Hj Siraj
Ketua Wanita JIM Pusat dan Pakar Sakit Puan HUKM
2. Puan Hashimah Abdul Razak
Ketua Penolong Setiausaha, Unit Kaunseling ,
Bhg.Sumber Manusia, Kem. Kesihatan Malaysia
3. Ustazah Zawiyah Hassan
Ketua Penolong Pengarah, Bhg Penyelidikan JAKIM
4.30 : Persembahan Multimedia
4.45 : Ucapan Penutup dan Penghargaan
5.00ptg : Minum Petang dan Bersurai