Rabu, Mei 30, 2007

Ingatkan MATI...SELALU

Assalamualaikum
Sengaja aku tulis bulletin ini (dalam friendster)...

terasa aku terlalu banyak bekerja...
sesekali di waktu zohor itu membelek
& membaca ayat Quran

tiba pada menyatakan orang mati syahid itu disangka mati pada orang tidak berjuang

maka aku terfikir apakah aku ini hanya bekerja, tetapi tidak pula aku berjuang untuk Allah seperti yang Allah pesankan dalam kitab rujukan aku & kalian semua yang membaca sekarang ni...

Allah pesan & arahkan agar kita berniat & berjuang diatas muka bumi ini hanya sebagai hamba (sebagai anak, cucu,abang, kakak, adik, anak saudara,pelajar, pekerja, doktor, jurutera,penceramah, motivator, tukang cucilantai, kuli, pemimpin, perdana menteri)

adalah SEMATA HANYA KERNA BERSUJUD MENYEMBAH ALLAH YANG SATU

bukan harta benda, wanita, seronok yang lebih kita utamakan dari Allah yang terlalu baik pada kita selalu...

memberi peluang hambanya itu bertaubat sebelum dia mati dicabut nyawanya oleh malaikat 'izrail aku terasa aku tidak lama...

maka aku ingin ini jadi semacam ingatan pada diriku

tatkala aku membaca kembali buletin yang ditulis aku sebelum ni...
maka aku menulis harapnya bukan kerana glamor nya keinginanku tapi kerana aku mahu menulis hanya kerna DIA

bukan manusia beri aku hidup indah, bukan manusia beri aku upaya badan kubangun setiap pagi dini hari, bukan manusia juga yang mengiktiraf aku masuk syurga diakhirat sana kelak, bukan manusia juga yang bisa membantu aku untuk berdiri megah di sebelah para syuhada dan para nabi

tetapi aku perlukan manusia untuk sama beramal agar ingat sama akan ingatan yang diberi Tuhan sehari-hari

tatkala melaungkan kalimah membesarkan Ilahi;

ALLAHU AKBAR

maka hanya Allah di dalam hati diutamakan dituruti Rasul, Ibu Ayah,Guru, Rakan Sahabat...

dan seterusnya hanya Allah diutamakan maka bertemu lah insan itu dengan Allah

harapnya dengan hati nya yang sejahtera lagi salim

inna lillahi wa inna ilaihi rojiun

sesungguhnya dari Allah kita datang,kepada Allah jua kita kan kembali

wallahualam

aku akan mati, kau juga yang sedang membaca akan mati

bahagia @ sengsara?

PILIH!

wassalam =)

FauzanIbrahim
29 Mei 2007
1708 hr
Excel PSI
Melaka

Sabtu, Mei 26, 2007

Seketika bersama yang lebih berpengalaman

Allah Maha Kaya, Maha Pemberi.

Ya.

Allah memang sungguh baik. Intelek aku tiada boleh dapat mengatasi ilmu Alah. Tidak pula sesekali terfikir untuk melangkaui batasan kemampuan diri.

Seketika berjumpa pakcik yang ku kenal dia cukup aktif dalam lapangan perjuangan untuk Islam ini. Namun bukan ku ingin kongsikan peribadinya tetapi apa yang dia ingin sampaikan kepadaku yang muda lagi kurang pengalamannya.

Sesekali bergurau dia akan berkata, "Nikah je dengan anak aku tu senang, ikut aku berjuang".

Aku menjawab, "Abang patutnya cari yang lebih baik dari saya, ada utuh ekonominya, tersusun kehidupannya, dan sebagainya".

"Awak tak boleh cakap macam tu Jamil". Aku memanggilnya abang, kebiasaan kami. Aku mengucap sebentar. Ku faham mengapa dia berkata begitu padaku.

"Awak nak tahu bahawa intelektual anta yang belajar di universiti itu takkan mampu melangkaui ilmu Allah". Ya Allah aku telah melebihi batasanku. Getus hatiku. "Jika hari ini awak merancang untuk hari esok, belum rancangan hari ini akan sama molek dengan pelaksanaan hari esok. Ia takkan sama sepenuhnya apa yang telah awak rangkakan."

"Jika sama sahaja, itu adalah kehendak Allah, taqdir Allah."

Astaghfirullah.

"Abang bekerja kat mana sekarang?". Tanyaku. "Kat KL". Ringkas. "Kerja apa?". Tanyaku lagi.

"Project Manager di salah sebuah syarikat telekomunikasi".
"Pendidikan abang?". "Tak tinggi macam kau yang di universiti. Aku hanya SPVM. Alhamdulillah Allah kurniakan kerja pada aku setelah 27 tahun bekerja hanya bersangkutan Telecommunication System." Loghat Bahasa Inggerisnya betul. Ku sedar sudah dia ini fasih berbahasa Inggeris walau hanya berpendidikan rendah.

"Abang ni Jamil, anak sudah 7 orang ramainya, namun tak pernah pula risau tentang rezeki. Akan ada sahaja. Asal abang usaha cari pasti ada. Walau telah banyak kali bertukar kerja kerana banyak corruption. Abang tak tahan hal semua itu."

"Anak-anak abang ramai hafiz Quran, alhamdulillah Allah mudahkan jalan mereka. Jadi penyejuk hati ini." Kata dia dengan rasa bangga ayah kepada anaknya.

Aku cemburu akan hal itu.

"Jamil, perjuangan kita belum berakhir. Bukan hanya perjuangan Melayu tetapi ummah ini yang amat tenat ini perlukan orang muda macam awak."

"Awak pernah menuntut dengan Ustaz Nuruddin al Marbawi al Banjari al Makki, pastinya awak akan tahu sedikit darinya akan hakikat Islam".

"Abang ni dah tua, untuk bergerak kuat seperti orang muda, namun abang tetap juga turun padang berjuang dalam isu masyarakat. Ini jangan pula nanti aku panggil kau untuk Padang Jambu pun kau dah mengelak."

"Ingat pesan abang ni, awak tu bukan sesusah mana hidup, baru hidup bujang, tak hebat mana berjuang. Hanya untuk diri sahaja. Kawan-kawan kita yang lain perlu juga sedikit sumbangan awak itu yang punya banyak fikirannya dan tenaganya."

"Baiklah Jamil, abang nak berangkat ni, dah jam 11 malam."

"Assalamualaikum. Selamat berjuang."

Jumaat, Mei 11, 2007

IBUKU SAYANG




ASSALAMUALAIKUM

aku rindu ibuku, dia di rumah, aku di sini bekerja, Ya Allah...

aku risau dia di sana...sungguh
lama ku tinggal dia di sana

dia kena strok sebelah badan...

aku lawat dia, dia tetap senyum menyambut anaknya ini. anak sulungnya ini...

walau keadaan dia doif begitu...

sayang ibuku...maaf abang ibu...

sebab abang di sini
hanya menulis, surat sebagai pengganti diri...

rindu senyum ibu...
usapan ibu....
hari-hariku tidur seorang...
terkenangkan...
kenapa sakit ibu aku terasa...

aku sering tertanya...
adakah..
aku mampu menjadi anak yang soleh...?

ibu..
teringat kita bermain lari-lari..
ketika itu...ibu mahu ajarku baca Quran...
aku lari takut kena rotan...
sorok di balik pohon serai...
habis badanku gatal...
ibu tolong sapukan balm..
baiknya...ibu...tak marah...
sampai aku pandai baca diajar ibu...
aku boleh ajar Quran pada adik-adik lain...
kawan-kawan ku ajar juga...
dari sekolah rendah hingga sekarang aku jadi rujukan ramai..
semua ini jadi sebab ibuku...
pahala buat mu menggunung ibu,
tika aku menulis ini...aku ditempat kerja..aku menangis di plaza melaka sentral...di saat mega-mega mentari pancar cahaya mulai malap...

ibu..kau selalu baca diariku..pasti ibu tahu segala isi hatiku..anakmu ini sayangkan ibu...jika hati ini terasa sakit tak berjumpa pasti akan ku pulang segera...
nantikan daku ibu,

aku akan mengira lagi rekah dikakimu itu tiap malam, diteratak buruk kita di Bukit Rokan Utara sana...
saat suka duka kita bersama...makan ikan kering bersama kicap masin...
nasi lembik...
hujan basah kuyup baju ibu jual kuih,
kita uli tepung pendapatan sehari-hari,
RM10 biasa ibu sebut, duit itu cukup untuk seramai 7 beradik nakal ini,
jika lebih, ibu tak lokek belanja cekedis untuk adik kecil mongel itu, Dekno kita panggil bersama, sudah besar dia...

mengalir air mataku mengenang semua itu, ibu...
sungguhpun aku lelaki, aku terkesan dengan pengorbanan seorang wanita bernama...ibuku sayang

sebabmu aku tangguhkan beberapa keputusan penting...dalam hidupku...sebab ibu penting bagiku...

maafkan aku kawan-kawan..jika aku mungkir janji pada kalian...ada yang tidak kunyatakan sebab ku mungkir...

namun hari ini, aku nyatakan...

maaf di atas keterlanjuran sikapku selama ini

ibuku sayang memerlukan aku lebih dari aku perlukan kalian...

maafkan aku ibu...
sebab berkata uhhh,
mencemek muka,
menyinga,
meradang didepanmu ibu,
mengalah,
mengelak,
abang minta maaf

Ya Allah ampuni daku, ampuni dosaku, ampuni dosa ibu bapaku, rahmatilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka menyayangiku sejak kecil lagi...

Ya Allah, aku lihat ayahku baik hatinya, jadikan dia suami yang soleh...


aku tidak mahu lagi jumpa ibuku di hospital lagi...

ya aku sedar KAU murka pada manusia yang terlalu sayangkan ahli keluarganya, namun aku tidak mahu dia di hospital, sebab dia akan pastinya dalam keadaan sedih tak bermaya...biarkan dia selalu disisi suaminya yang tercinta,
itu syurga dia, aku ingin dia gembira segembiranya dia seperti selalu dirumah kami di Bukit Rokan Utara...

gerakkan tangan dia yang lumpuh itu untuk dia lebih dekat padaMU selalu, jadikan dia orang yang selalu menjaga solatnya, orang yang selalu baik dengan jirannya,sentiasa basah lidahnya dengan bacaan Quran, manis mulutnya dengan nasihat,baik hatinya melayani anak-anaknya,

jika perlu diganti dengan tanganku, gantikan ia!

amin....ya robbal 'alamin
moga kecintaanku ini tidak melebihi kecintaan kepada Allah & Rasul

fauzanibrahim
11 Mei 2007
EP Training Centre
Plaza Melaka Sentral
Melaka

IBU